Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia? Tidak dinafikan negeri Sabah memang merupakan antara negeri yang menjadi tarikan pelancongan utama di negara kita.Sabah juga mempunyai ramai suku kaum yang berlainan serta keunikan makanan tradisi yang tersendiri.
Antara makanan tradisi Sabah yang anda wajib cuba. Semestinya halal dan sedap, pilih sahaja mana-mana yang anda teringin untuk cuba.
Ambuyat
Ambuyat merupakan hidangan tradisional yang diperbuat daripada bahagian batang dalam sagu sawit yang juga merupakan bahan berkanji. Rasanya dan cara ia dimakan unik, namun keenakannya masih terjamin.

Ianya dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil “candas“, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos. Sosnya ada berbagai jenis, ada yang menggunakan belacan atau kuah ikan rebus.
Kuih Cincin
Kuih cincin sangat terkenal di Papar .Diperbuat daripada gula perang dan tepung beras, nama kuih ini diambil bersempena bentuknya yang seperti cincin.

Bahan yang digunakan untuk membuat kuih cincin ialah gula, gula nipah/gula apong, tepung beras, minyak masak, air dan gula Melaka. Gula melaka inilah yang menyumbang kepada rasa manis untuk kuih cincin yang rangup ini.
Pinasakan
Pinasakan atau Pinasakan Sada ialah makanan tradisi Sabah yang cukup terkenal di kalangan suku kaum Kadazan-Dusun. ‘Sada’ di sini bermaksud ikan, jadi Pinasakan ini selalunya dihidangkan bersama ikan Basung.Pinasakan juga di panggil “ikan ampap”.

Bahan yang digunakan cukup simple. Untuk membuat Pinasakan Sada ialah kunyit, takob-takob, garam dan buah Bambangan. Hidangan ini akan berganda keenakannya jika dimakan bersama nasi putih dan sambal pedas.
Amplang
Amplang merupakan makanan ringan berasaskan ikan yang cukup terkenal di kalangan suku kaum Bugis di Sabah. Nama lain bagi Amplang ini ialah keropok kuku macan.Sangat popular di Tawau.

Amplang ini boleh dikatakan sebagai keropok ikan. Namun, ianya juga ada pelbagai versi iaitu keropok udang,keropok ketam dan keropok sotang.Perisa orginal dan pedas pun ada. Hidangan ini selalunya dinikmati semasa minum petang, lebih enak jika dijamah bersama teh atau kopi panas.

Amplang Ikan dan Amplang Sotong
Penjaram
Kuih penjaram ini sering di buat oleh suku kaum Bajau di Kota Belud,Sabah.Kuih penjaram ini juga sangat famous dan boleh didapati di mana-mana.Sangat enak dinikmati ketika masih panas.


Latok
Latok merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Sabah. Ia merupakan makanan tradisional bagi suku kaum bajau laut di Sabah. Latok merupakan sejenis makanan dari jenis rumpai laut.Amatlah sedap jika dimakan bersama mangga dan juga lada cili padi.

Ia sangat popular di kalangan suku kaum Bajau Laut yang kebanyakkannya tinggal di persisir pantai daerah Semporna. Latok dipercayai mempunyai beberapa khasiat yang dapat memberi kebaikan kepada orang yang memakannya.

Kesimpulan
Tidak rugi mencuba makanan tradisi orang Sabah.Banyak lagi makanan yang perlu anda rasai.Memang tidak akan habis kerana ada berpuluh-puluh makanan tradisi Sabah sebenarnya.Sabah mempunyai pelbagai makanan yang unik, sedap dan tidak dijumpai dimana-mana pelusuk dunia selain tanahair kita tercinta ini.

