Bagi anda yang inginkan percutian bajet (budget), Pantai Sabandar Tuaran merupakan salah satu pantai yang wajib dikunjungi. Pantai yang terletak kira – kira 12 kilometer dari Pekan Tuaran ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Dengan pesisir pantai yang luas dan panjang, pastinya pengunjung yang berkunjung ke pantai ini akan berpuas hati kerana dapat menghabiskan masa menikmati […]
Bagi anda yang inginkan percutian bajet (budget), Pantai Sabandar Tuaran merupakan salah satu pantai yang wajib dikunjungi. Pantai yang terletak kira – kira 12 kilometer dari Pekan Tuaran ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Dengan pesisir pantai yang luas dan panjang, pastinya pengunjung yang berkunjung ke pantai ini akan berpuas hati kerana dapat menghabiskan masa menikmati keindahan pantai dan laut. Yang paling penting, yuran kemasukan ke pantai ini adalah percuma. Selain menikmati keindahan pantai dan laut, banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang anda boleh lakukan di sini.
Yuran masuk: Percuma
Aktiviti yang boleh dilakukan :
1) Menikmati keindahan pantai dan laut.
Bagi yang suka melihat matahari terbenam (sunset), fasa matahari terbenam yang paling cantik ialah dari pukul 6.0 petang sehingga 6.30 petang. Tinjau dulu keadaan sekeliling, jika terlalu banyak awan, matahari yang sedang terbenam tidak akan kelihatan.
2) Mandi – manda
Mandi laut merupakan aktiviti utama jika anda berkunjung ke sini. Pastikan anda membawa tuala mandi dan baju persalinan. Kanak-kanak tidak digalakkan mandi ketika air sedang pasang kerana arus deras boleh menarik sehingga ke tengah laut.
3) Menunggang kuda (pony)
Bagi anda yang teringin naik kuda, di sini juga ada beberapa pemilik kuda yang menyewakan kuda mereka untuk pengunjung. Jangan risau, anda akan ditemani ketika menunggang kuda. Lagipun, kuda ni yang jenis kecil (kuda pony).
4. Berkelah (picnic)
Anda boleh bawa family anda ke sini dan berkelah bersama-sama mereka. Belum terdapat perkhidmatan menyewa tikar getah atau “picnic mat” di sini jadi anda boleh bawa sendiri dari rumah.
5) Pre-wedding photoshoot / gambar family / graduation
Pelbagai “shoot” yang menarik boleh diambil di sini. Anda mahu ambil gambar pre-wedding? Family picture? Graduation Day? Semua pun boleh tau.
6) Meluncur air (water surfing)
Penggemar sukan luncur air boleh meluncur air (water surfing) di sini. Tetapi, anda kena bawa papan luncur air (water surf board) anda sendiri.
Selain itu, tandas awam dan bilik mandi juga disediakan buat para pengunjung. Pondok rehat dan tempat bersantai pun ada.
Jadi apa tunggu lagi??? Jom ke Pantai Sabandar Tuaran.
No comments yet. Leave a reply to start a conversation.
By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.