Bagi penggemar makanan tradisional, hinava atau hinata merupakan antara makanan tradisional yang paling popular di Sabah. Bagi yang masih tertanya-tanya, istilah atau nama “Hinava” merujuk kepada hidangan yang dihasilkan tanpa perlu dimasak menggunakan api.
Bahan – bahan :
- Isi ikan tanpa tulang (boleh gunakan ikan tenggiri atau ikan yu. Boleh juga gantikan isi ikan dengan isi ketam atau sotong)
- 6 biji/ulas bawang merah (dihiris nipis)
- 4 biji/ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 4 -5 biji limau kapas (boleh gantikan dengan limau kasturi juga)
- Seulas kecil halia (dalam 1 inci)
- 3 – 4 ulas/biji cili merah (dihiris nipis)
- Sedikit garam dan serbuk perasa
- Hirisan peria/ tomato/ bambangan (pilihan)
Cara – cara penyediaan:
- Cincang isi ikan (jangan terlalu hancur).
- Tuang sedikit air panas ke atas isi ikan selama 1 minit.
- Buang air isi ikan/toskan isi ikan.
- Gaulkan isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia, cili merah, garam dan sedikit serbuk perasa.
- Perah limau kapas / kasturi untuk mendapat jus masam.
- Gaulkan jus limau kapas / kasturi bersama isi ikan.
- Campur dan gaul hirisan peria/tomato atau bambangan bersama isi ikan (jika mahu).
- Perap selama 15 minit.
- Siap untuk dihidang.
Tips:
- Pastikan anda gunakan isi ikan yang segar. Jika tidak hinava and akan jadi pahit.
- Semasa menghiris limau, pastikan biji limau tidak terhiris bersama kerana jus akan menjadi pahit.
- Anda boleh kurangkan jumlah limau jika tidak suka terlalu masam.
- Peria biasanya ditambah bagi mengurangkan rasa masam.
SELAMAT MENCUBA!!!