Satu bengkel hakcipta, pembikinan lagu,penulis lirik dan pembikinan video muzik kerjasama bersama Luncai Emas (Datuk M.Nasir) akan diadakan pada penghujung Julai 2017 ini di Kota Kinabalu, Sabah. Baru-baru ini, wakil Sabahan Dot My bertemu dengan Asmin Mudin (pencipta lagu & penulis lirik popular antaranya Kau Ilhamku – Mambai) yang juga merupakan orang penting dan diberi […]
Satu bengkel hakcipta, pembikinan lagu,penulis lirik dan pembikinan video muzik kerjasama bersama Luncai Emas (Datuk M.Nasir) akan diadakan pada penghujung Julai 2017 ini di Kota Kinabalu, Sabah.
Baru-baru ini, wakil Sabahan Dot My bertemu dengan Asmin Mudin (pencipta lagu & penulis lirik popular antaranya Kau Ilhamku – Mambai) yang juga merupakan orang penting dan diberi kepercayaan oleh Datuk M.Nasir sendiri untuk mengadakan bengkel ini menyatakan beliau sangat berharap bengkel ini mendapat sambutan dari semua pihak terutamanya para pengiat seni,pencipta lagu,penulis lirik dan video muzik di Sabah.
Selain itu juga, bengkel ini juga akan menerangkan cara mendaftarkan harta intelek (IP) karya lagu/ lirik, pemasaran digital, promosi radio serta pengurusan hakcipta dan royalti. Turut disentuh – penerbitan muzik video untuk lagu yang akan dipasarkan nanti.
Bengkel ini dibawakan oleh Luncai Emas Sdn Bhd selaku syarikat rakaman & publishing yang memiliki lebih 25 tahun pengalaman di dalam industri muzik dengan sokongan kuat dan kerjasama dari Perbadanan Filem Nasional, FINAS.
Berikut adalah ketetapan bagi bengkel tersebut :
Tempat : Dewan JKKN, Kota Kinabalu
Tarikh : 24 – 25 Julai 2017
Masa : 7.30am – 5.30pm
Penyertaan : Terbuka kepada semua orang.
Kouta Peserta : 500 peserta.
Yuran : PERCUMA
Lokasi Dewan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah :
Terima kasih juga Linda Haniff Events yang merupakan penaja utama bengkel ini serta Asmin Mudin Production dan Luncai Emas Sdn Bhd kerana berusaha mengadakan bengkel ini yang sudah pasti sangat diperlukan oleh penulis lagu & lirik serta video muzik di Sabah.
No comments yet. Leave a reply to start a conversation.
By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.