Viral kunun 1 whatapps yg mengatakan nasi yg dipanaskan lebih daripada 12 jam mengandungi racun yang boleh menyebabkan kanser dan kencing manis. Jadi mari kita tinguk penjelasan yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini sendiri.
Sebelum masuk ke dalam penyebab kepada kencing manis, perlulah kita tahu bahawa majoriti karbohidrat ataupun jenis gula yang terdapat di dalam nasi adalah berbentuk kanji(starch) ataupun digelarkan sebagai karbohidrat yang kompleks.
Karbohidrat kompleks bermaksud jenis gula seperti kanji ini mempunyai struktur binaan yang kompleks. Ia terdiri daripada struktur amylose yang disusun secara berpilin dan juga amylopectin yang mempunyai cabang. Di antara struktur amylose dan amylopectin pula mempunyai suatu ikatan yang dipanggil sebagai ikatan hydrogen. Ikatan hydrogen inilah yang memegang struktur-struktur tersebut sehingga menjadi struktur pepejal.
Sebagai tambahan juga, di dalam tumbun-tumbuhan, kanji ini disimpan di dalam granul-granul kecil. Granul ini kita ibaratkan seperti tempat simpanan yang berbentuk bulat dan didalamnya tersimpan kanji.
Nasi yang dimasak
Apabila kita memasak nasi bersama dengan air, air yang berada di luar nasi akan memasuki nasi dan memutuskan ikatan hidrogen diantara stuktur amylose dan amylopectin. Ini akan membenarkan lebih banyak lagi air masuk ke dalam granul yang berada di dalam nasi tersebut.
Apabila granul bertambah besar, ada dikalangannya pecah dan mengeluarkan strukur kanji tersebut. Proses inilah yang menyebabkan air nasi kelihatan likat sebelum ia kering dan membentuk nasi.
Kerak nasi yang melekat pada periuk itu pula adalah kanji yang sudah terkeluar daripada granule dan membentuk ikatan hydrogen balik sesama mereka.
Nasi yang masak lebih daripada 12 jam mempunyai racun
Tiada lagi kajian yang mengatakan memanaskan nasi pada suhu yang rendah akan menghasilkan racun. Yang akan terhasil adalah kanji yang sudah kering dan membentuk kerak pada periuk nasi. Itupun ia tidaklah akan merubah struktur kanji tersebut kecuali dipanaskan pada suhu yang lebih tinggi.
Nasi yang masak lebih daripada 12 jam menyebabkan diabetes
Tidak kira, nasi itu panas ataupun sejuk, ataupun dipanaskan melebihi 12 jam, kedua-keduanya boleh menyebabkan diabetes JIKA MAKAN DENGAN BANYAK. Tetapi kalau kita makan secara berpada-pada dan mengamalkan gaya hidup sihat, ia tidak akan menyebabkan kencing manis kepada kita.
Mesej yang viral itu pun ada menyatakan bahawa
“Nasi yang baik adalah nasi yang dimakan saat sudah dingin, bukan nasi hangat. Kerana nasi dingin memiliki kadar gula yang lebih rendah”.
Ini adalah sesuatu kenyataan yang salah kerana kompaun kanji di dalam nasi tidak berubah sama ada sejuk ataupun panas. Yang berubah mungkin adalah ikatan diantara struktur di dalam kanji itu sendiri. Tetapi tidak pada jumlah kandungan karbohidrat yang terletak di dalam nasi-nasi tersebut.
Bila kandungan gula pun sama, kedua-dua nasi tersebut tiada beza. Ia masih akan membekalkan jumlah karbohidrat yang sama kepada badan.
Kesimpulannya nasi panas ataupun sejuk tidak akan menyebabkan kanser ataupun kencing manis jika dimakan pada kadar yang berpatutan. Panas ataupun tidak itu terpulang kepada selera seseorang.
Harap maklumat ini bermanfaat.
BETUL KAH? MAKAN NASI YANG DIBIARKAN LAMA-LAMA DALAM RICE COOKER MENYEBABKAN KANSER DAN KENCING MANIS??
