SABAH Trivia Bhgn 2 kali ini akan berkongsi 10 lagi keistimewaan Sabah tanah airku. Mimang dengan harapan maw tunjuk kamurang yang Sabah ni memang banyak kelebihan. Bukan maw sumbung tapi mimang kenyataan. (peace no war V J Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Sandakan Sabah(SORC) merupakan pusat pemuliharaan yang pertama dan terbesar di dunia. (hohoo.. orang […]
SABAH Trivia Bhgn 2 kali ini akan berkongsi 10 lagi keistimewaan Sabah tanah airku. Mimang dengan harapan maw tunjuk kamurang yang Sabah ni memang banyak kelebihan. Bukan maw sumbung tapi mimang kenyataan. (peace no war V J
Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Sandakan Sabah(SORC) merupakan pusat pemuliharaan yang pertama dan terbesar di dunia. (hohoo.. orang utan yang tinggal atas pokok bukan orang Sabah ah.. hahaha.. datang Sabah baru taw.. peace no war 🙂 www. Utusan.com.my
2 ‘Tip of Borneo’ atau bahagian paling utara Borneo terletak di daerah Kudat, Sabah. Kena panggil Tanjung Simpang Mengayau. Kawasan ini juga kena panggil hujung tanduk Sabah.
Pulau Bangi dekat Marudu Bay di Sabah merupakan pulau terbesar di Malaysia.
Gunung Kinabalu ialah gunung tertinggi di Malaysia (dan Asia Tenggara) dengan ukuran mencecah 4095m, diikuti Gunung Trusmadi dan Gunung Tambuyukon yang kesemuanya terletak di Sabah.
Spesies kera hantu dan merupakan primat terkecil di dunia iaitu Tarsier hanya terdapat di Borneo Sabah dan Sarawak.
6. Salah satu kawasan pemuliharaan terkaya di dunia dengan lebih 200 species pokok sehektar (dengan keluasannya ialah 438km persegi) terletak di Lembah Danum, 70km barat Lahad Datu.
Menara Tun Mustapha (Menara Yayasan Sabah) merupakan satu daripada empat bangunan di dunia yang dibina menggunakan teknologi “bangunan tergantung” iaitu dengan disokong rod keluli regangan tinggi. (Wikipedia.org)
8.Sabah mempunyai gugusan gunung berapi tidak aktif dan Gunung Maria di Bombalai, Tawau merupakan bekas gunung berapi(pernah meletup) yang sudah berusia lebih kurang 27 ribu tahun. (http://geology.um.edu.my)
Penduduk di dunia yang paling banyak yang mengguna perkataan ‘bah’ pada perbualan. (Betul ka tidak.. :P)
Pengeluar utama hasil bumi di Malaysia, contohnya petroleum dan gas, minyak kelapa sawit, getah dan koko. Tetapi laporan Bank Dunia 2010 pernah mengesahkan Sabah paling miskin di Malaysia. (Pelik tapi benar.. tapi sekarang nda lagi kali la..V)
Perhatian:
Penulisan di atas adlah bersumber drpd artikel dalam buku, surat khabar dan artikel online yang boleh dipercayai. Segala kekurangan dan kesilapan adalh dari diri penulis sendiri. Untuk lebih kompom sila baca artikel yang lain juga k. Harap artikel ini dapat membantu. Peace no war V
No comments yet. Leave a reply to start a conversation.
By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.