Nama “Bisaya” adalah bukan nama sebenar suku kaum ini pada zaman dahulu, terdapat SEJARAH dan juga LAGENDA tersendiri di sebalik nama(Bisaya) sehingga ‘menyebabkan terbentuknya’ satu nama etnik baharu bernama Bisaya pada hari ini.
Masyarakat Bisaya dikatakan antara penerima Islam yang pertama di Pulau Borneo iaitu sejak di awal kurun ke-13 lagi. Masyarakat ini menerima Islam hasil daripada pengaruh yang telah disebarkan oleh pendakwah-pendakwah dari Negara Timur Tengah yang datang berdagang di Pulau Borneo dan akhirnya menyebarkan ajaran Islam dengan penduduk pribumi di Pulau Borneo.
Di katakan bahawa sewaktu dahulu, pemerintahan di Pulau Borneo agak kucar-kacir dan banyak penindasan sehingga mengakibatkan masyarakat ini berhijrah daripada tempat asal iaitu dari wilayah Kerajaan Baruni yang telah wujud seawal kurun 977 Masehi lagi. Penghijrahan bagi survival inilah yang telah membentuk masyarakat Bisaya di Sabah yang banyak tertumpu dikawasan Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias, Pulau Gaya dan Labuan manakala bagi Sarawak, masyarakat Bisaya ramai mendiami Sungai Limbang.

Jika dilihat daripada bahasa pertuturan pula, Bisaya Sabah bahasa pertuturannya hampir 90% persamaannya dengan bahasa Tatana iaitu bahasa pertuturan masyarakat Dusun Sabah manakala bagi Bisaya Sarawak pula hampir 60% menggunakan bahasa dialek Brunei.
Kehebatan Ilmu Mistik Etnik Bisaya sering diperkatakan,ada lebih kurang 40 jenis ilmu mistik dan kebatinan kaum Bisaya,dan salah satunya adalah “BITAS”.Ilmu Bitas adalah amat di geruni dimana orang lelaki yang terkena ilmu Bitas ini akan ‘kehilangan kemaluan’ dimana kemaluan terasa hilang dan tumbuh di dahi mahupun kemaluan terasa tumbuh di tempat lain. Oleh sebab itu Orang luar(lelaki) yang berniat mempermainkan anak dara kaum Bisaya agar berfikir 100X kerana bukan apa takut kemaluan hilang dan tumbuh di dahi.
Salah satu jenis tarian tradisi kaum ini yang terkenal adalah Tarian Alai Bubu (Sayau Salihid). Tarian ini adalah merupakan sebuah tarian yang berkonsepkan bubu ikan dengan menggunakan bubu/lukah(yang direndam/tenggelamkan di dalam air sungai atau air laut untuk menangkap ikan). Tarian ini ditarikan oleh 6 orang penari, 4 orang pengalai, 4 orang pemuzik serta 2 orang penyanyi.Tarian ini mempunyai Lagenda dan Mitosnya sendiri kerana ia bukan hanya sekedar tarian biasa namun mengandung unsur Mistik dan Jampi yang di sertakan bersama tarian alai bubu ini.
Kenyataannya, banyak lagi sejarah menarik kaum ini yang ramai tidak tahu. Sebagai Sabahan, kita seharusnya mengambil tahu sedikit sejarah berkaitan kaum-kaum yang tinggl di Sabah ini. Tak kenal maka tak cinta, kenal maka kita akan lebih saling hormat menghormati budaya orang lain.
*sumber Arkib Negeri Sabah