KUALA LUMPUR: Peserta Sabah, Rosario Ninih Chamini Bianis, 21, muncul juara Bintang RTM 2016 menewaskan lima peserta lain dalam program yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini, malam ini. Kejayaan itu menyaksikan Rosario membawa pulang wang tunai RM20,000 dan pakej pelancongan ke Korea. Selain itu, Rosario juga dipilih juri memenangi kategori Vokal […]
KUALA LUMPUR: Peserta Sabah, Rosario Ninih Chamini Bianis, 21, muncul juara Bintang RTM 2016 menewaskan lima peserta lain dalam program yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini, malam ini. Kejayaan itu menyaksikan Rosario membawa pulang wang tunai RM20,000 dan pakej pelancongan ke Korea.
Selain itu, Rosario juga dipilih juri memenangi kategori Vokal Terbaik seterusnya membawa pulang wang tunai RM5,000. Pada peringkat akhir ini, Rosario menyampaikan lagu Run nyanyian asal Leona Lewis manakala persembahan duet dengan lagu Beribu Sesalan bersama Ernie Zakri.
Sementara itu tempat kedua dimenangi peserta dari Selangor, Nor Fazrina Mohd Gani atau Eryn, 23. Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan pakej percutian ke Bali, Indonesia.
Dia juga turut membawa pulang RM5,000 untuk Persembahan Terbaik. Tempat ketiga pula membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan pakej pelancongan ke Jakarta, Indonesia dimenangi Nur Shafreeza Zainal Abidin atau Eeza, juga dari Selangor.
Sementara itu hadiah saguhati pula masing-masing dimenangi Idris Zulkifli, 19 (Perak), Muhammad Hafiz Ismail, 23 (Kelantan) dan Muhammad Adib Ibrahim, 24 (Pulau Pinang).
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/139944
No comments yet. Leave a reply to start a conversation.
By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.