Tidak dipedulikan oleh ibunya sendiri sejak berumur 2 bulan, dan dibuli oleh panda lain sepanjang kehidupannya, kini Qizai, satu-satunya panda berwarna coklat putih yang ada di dunia menjadi perhatian ramai dan selebriti dalam dunia haiwan.
Kerana ‘kecacatan’nya ditinggalkan semasa berusia 2 bulan
Qizai atau maknanya dalam bahasa melayu “anak ke-7”, semasa kecilnya telah ditemui tidak bermaya dan dibiarkan di salah satu hutan simpan di pergunungan Qingling di tengah negara China. Apa yang diketahui, ibu Qizai telah menghilangkan diri masuk ke hutan dan yang pastinya ibu Qizai berwarna hitam putih.
Semasa kecilnya, makanan Qizai selalu dicuri oleh panda lain
Ini menjadikan fakta Qizai yang memiliki bulu berwarna coklat putih fakta yang menarik dan unik. Saintis telah membuat andaian perkara ini terjadi disebabkan mutasi gen. Kerana kehidupan Qizai yang susah semasa kecil, Qizai kini berumur 7 tahun telah menjadi bahan kajian dan pakar dari China telah merancang untuk mendapatkan pasangan untuk Qizai.
Dengan melihat dan mengkaji rupa dan perwatakan Qizai sejak kecil lagi, penyelidik telah semakin hampir untuk membongkar misteri panda berbulu coklat.
Saintis telah membuat andaian perkara ini terjadi disebabkan mutasi gen
Sementara itu, Qizai kini sedang bergembira menghayati kehidupan yang baik di Foping Panda Valley, dan melupakan kenangan buruk yang lepas dimana makanannya sentiasa dicuri kerana Qizai dikatakan lebih lemah berbanding panda lain. Qizai mempunyai penjaganya sendiri yang sentiasa merancang dan menjaga jadual makan minumnya.
Qizai kini sedang bergembira menghayati kehidupan yang baik di Foping Panda Valley
Haiwan cumil yang juga merupakan selebriti ini kini telah mencecah berat 220 pound dan memakan hampir 44 pound bambu setiap hari.