Jatah MAHKOTA Kerajaan Borneo Utara (1948)[/caption], selepas 3 tahun 9 bulan sebagai Borneo Kita di bawah pemerintahan Jepun (19.01.1942 – 11.09.1945) dan sebelum merdeka pada 31.08.1963. Kini Sabah. Dokumen sejarah ini didapati dari fail Arkib luar negara (Basel Mission) di Eropah pada 9 Jun 2015. Duli Yang Maha Mulia Baginda King, dengan titah perentah-nya yang […]
Jatah MAHKOTA Kerajaan Borneo Utara (1948)[/caption], selepas 3 tahun 9 bulan sebagai Borneo Kita di bawah pemerintahan Jepun (19.01.1942 – 11.09.1945) dan sebelum merdeka pada 31.08.1963. Kini Sabah.
Dokumen sejarah ini didapati dari fail Arkib luar negara (Basel Mission) di Eropah pada 9 Jun 2015.
Duli Yang Maha Mulia Baginda King, dengan titah perentah-nya yang bertarikh pada 13 haribulan September 1948, telah mengurniakan suato Mahkota kerajaan pada jajahan Ta`alok Borneo Utara. Dalam lukisan Mahkota kerajaan itu ada termasok Mahkota kerajaan Negeri2 selat, satu daripada-nya ia-lah Pulau Labuan pada masa sebelum perang dahulu dan juga Mahkota Kerajaan Cartered Company, yang mana mulai dari 1 haribulan November, tahun 1881 hingga sampai pada 15 haribulan July,tahun 1946, telah mempunyai kedaulatan perentahan-nya di-Borneo Utara.
Dalam Lukisan Mahkota Kerajaan itu ; Mahkota Kerajaan Labuan ada juga di-masokkan di-sebelah bawah daripada-nya yang menunjokkan Gunong Kinabalu di-sebelah belakang dan sa-buah kapal layar di-sebelah depan. Di-atas layar sekunyir yang besar pula ada kelihatan huruf ” T ” berarti ia-lah suatu pingat yang di-pakai oleh pasokan tersebut di-bahu-nua, dan ma`ana-nya Tobruk di-mana pasokan yang ke9 itu telah mendapat satu tawarikh kemanangan perang dengan Germans.
Mahkota Kerajaan Cartered Company ada di-masokkan, pertama dengan Singa dan kedua dengan dua tangan yang memegang tiang bendera. Adapun dua tangan itu memberi ‘alamat tentang kerjasama orang2 dalam Borneo Utara ini dengan British untok mendapatkan kemajuan negeri ini.
Adapun maksud chugankata bahasa latin “Pergo et Peragi” itu harti-nya “Bertekun dan bersunggoh2 akan mendapat kejayaan”
*sumber fb Jeffery George
No comments yet. Leave a reply to start a conversation.
By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.