Hari tasyrik merupakan hari-hari yang jatuh pada tarikh 11, 12 dan 13 Zulhijah. Ia dinamakan tasyrik kerana pada hari tersebut daging korban dibahagikan. Hari tasyrik ialah tiga hari selepas solat Hari Raya Aidiladha. Hari-hari tasyrik yang turut dikenali sebagai hari-hari Mina ini adalah hari yang dimuliakan oleh Allah dan memiliki keutamaan. Firman-Nya dan maksudnya, Dan […]
Hari tasyrik merupakan hari-hari yang jatuh pada tarikh 11, 12 dan 13 Zulhijah. Ia dinamakan tasyrik kerana pada hari tersebut daging korban dibahagikan. Hari tasyrik ialah tiga hari selepas solat Hari Raya Aidiladha.
Hari-hari tasyrik yang turut dikenali sebagai hari-hari Mina ini adalah hari yang dimuliakan oleh Allah dan memiliki keutamaan.
Firman-Nya dan maksudnya,
Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang terbilang.
-Surah al-baqarah:203
Di dalam Tafsir Ibnu Kathir, telah dibawa sebuah riwayat daripada Ibnu ‘Abbas yang berkata: ‘hari yang terbilang’ adalah hari-hari tasyrik. Di dalam kitab tersebut, al-Hafiz Ibnu Kathir telah membawa sebuah riwayat daripada Nubayshah Al-Hudzali. Beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda,
Maksudnya:
Hari tasyrik adalah hari untuk makan, minum dan berzikir.
-Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, no:19797
Menerusi hadis ini, kita dapat fahami dua perkara tentang hari tasyrik.
a) Ia termasuk perayaan Aidiladha. Ia adalah hari untuk makan dan minum serta bergembira. Oleh itu digalakkan berkumpul bersama keluarga serta sahabat dengan menyediakan jamuan makan sesuai dengan adab dan tuntutan syarak yang perlu dijaga dan tidak membazir.
Oleh itu, pada hari tasyrik termasuk dalam hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa.
b) Ia adalah hari untuk memperbanyak zikir kepada ALLAH, terutamanya takbir dalam rangka memperbesar serta mengagungkan-Nya.
Di dalam Sahih al-Bukhari telah diriwayatkan dan maksudnya,
Ketika di Mina(pada hari-hari tasyrik), ‘Umar mengumandangkan takbir di dalam khemahnya sehingga orang ramai yang berada di dalam masjid mendengarnya. Maka, mereka dan orang ramai yang sedang berada di pasar turut serta mengumandangkan takbir sehingga kota Mina bergemuruh dengan takbir. Ibnu ‘Umar mengumandangkan takbir di Mina pada hari-hari tasyrik setiap kali selesai melaksanakan solat, di tempat tidurnya, di dalam khemah, di dalam masjid dan ketika dia sedang berjalan pada hari-hari itu.
– Diriwayatkan oleh al-Bukhari di bab Takbir Pada Hari-Hari Mina dan Ketika Berangkat Menuju Arafah di dalam Sahihnya.
No comments yet. Leave a reply to start a conversation.
By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.