Di sebalik nama Mamut?

Kamu tau ka  dari mana tu asal nama ‘Mamut’ yang merupakan bekas tinggalan lombong tembaga suatu ketika dulu? Menurut cerita penduduk tempatan perkataan ini berasal dari tutur bangsa Sungai di daerah Ranau iaitu suku Sugut. Suku Sugut mengungkapkan ‘ma-mut’ yang bermaksud ‘panas’. Suku ini yang tinggal di pesisir sungai Sugut mengungkapkan ‘mamut’ bagi menggambarkan kawasan di Mamut, […]

Kamu tau ka  dari mana tu asal nama ‘Mamut’ yang merupakan bekas tinggalan lombong tembaga suatu ketika dulu?
Menurut cerita penduduk tempatan perkataan ini berasal dari tutur bangsa Sungai di daerah Ranau iaitu suku Sugut. Suku Sugut mengungkapkan ‘ma-mut’ yang bermaksud ‘panas’.
Suku ini yang tinggal di pesisir sungai Sugut mengungkapkan ‘mamut’ bagi menggambarkan kawasan di Mamut, Ranau itu sentiasa mengeluarkan wap panas dari bawah tanah dan mempunyai beberapa kawasan air panas.
Mereka menggambarkan Mamut adalah kawasan yang mempunyai aliran air panas di kaki Gunung Kinabalu sehingga mengunjur ke poring, sekarang menjadi Tapak Rekreasi dan pelancongan di bawah pengawasan Taman-Taman Sabah.
Aliran sungai Sugut iaitu sungai yang ketiga terpanjang di Sabah juga dipercayai sebahagian besarnya berpunca dari kaki Mamut mengalir melalui sungai Liwagu.
Walaupun dengan kewujudan ‘sungai Mamut’ atau air panas di Mamut, sebenarnya Mamut adalah kawasan yang sejuk sama seperti kawasan kaki gunung di Mesilou, Kundasang.

Sumber
tembuakar.blogspot.my

Khairilizwan

Senior Editor
Share this:

Comments

No comments yet. Leave a reply to start a conversation.

Comments are closed

Subscribe to Zoned

By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.

ADVERTISEMENT

Recommended

ADVERTISEMENT