Setiap anak dilahirkan dengan watak atau peribadi yg lain-lain. Ibu bapa mesti bijak membaca watak anak-anak, kerana pendidikan yang berkesan adalah pendidikan yang bersesuaian dengan watak sebenar anak-anak. Mengikut pakar motivasi, Dato’ Dr. Hj. Fadzilah Kamsah, terdapat sekurang-kurangnya 10 cara utk mengenal perwatakan anak-anak. 1. Nama Nama menggambarkan doa atau harapan ibu bapa terhadap anak-anak. Ibu […]
Setiap anak dilahirkan dengan watak atau peribadi yg lain-lain. Ibu bapa mesti bijak membaca watak anak-anak, kerana pendidikan yang berkesan adalah pendidikan yang bersesuaian dengan watak sebenar anak-anak. Mengikut pakar motivasi, Dato’ Dr. Hj. Fadzilah Kamsah, terdapat sekurang-kurangnya 10 cara utk mengenal perwatakan anak-anak.
1. Nama
Nama menggambarkan doa atau harapan ibu bapa terhadap anak-anak. Ibu bapa mesti memahami makna bagi nama anak-anak kerana nama akan mempengaruhi tindak-tanduk dan peribadi anak-anak. Anak-anak yang bernama Afifah (berbudi bahasa) mungkin akan menjadi seorang lemah lembut berbanding yang bernama Naqibah (ketua) yang berwatak lebih tegas, ada prinsip (mungkin keras kepala, degil dsb). Anak yang bernama Ariffin mungkin seorang yang bijak manakala anak yang bernama Hanif seorg yang jujur dan bersih hatinya.
2. Perwatakan Fizikal
Pakar-pakar psikologi menyatakan, bentuk badan anak-anak turut memberi gambaran perwatakan anak-anak, misalnya:
*Bertubuh kurus
Seorang yang agak gemuruh dan kelam-kabut tapi sangat kreatif. Seorang yang aktif dan pantas bergerak. Tapi agak penakut dan tidak boleh diharap sangat. Suka diberi penghargaan dan belaian oleh orang lain.
*Bertubuh sederhana
Suka tidur dan kuat makan. Kuat semangat, tapi slalunya tak fikir panjang sebelum bertindak. Sensitif, mudah marah, dan inginkan kesempurnaan. Memiliki daya ingatan yang kuat, suka memberi pandangan.
*Gemuk
Seorang yang tenang, penyayang, mudah bertolak-ansur dan teratur apabila buat kerja. Agak lambat berfikir, tapi ingatannya selalu tajam. Sabar dan jarang marah.
No comments yet. Leave a reply to start a conversation.
By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.