Suatu ketika dahulu nama Lahad Datu terkenal sebagai pengeluar kayu balak terbesar di Sabah. Semasa pemerintahan Chartered Company (Pemerintahan British), Lahad Datu merupakan pusat pengeluran tembakau yang beroperasi di Segama. Selain nama Lahad Datu juga pernah terkenal kerana penanaman kelapa untuk menghasilkan kopra.
Perkataan“Lahad Datu” berasal dari bahasa Bajau, iaitu “Lahad” bererti ‘tempat’ dan “Datu” berasal daripada golongan orang-orang kenamaan pada zaman dahulu yang bergelar ‘datu’.
Tempat ini mendapat nama kerana penghijrahan golongan Datu-datu dari kerajaan Suluk yang diketuai oleh Datu Puti sebelum tahun 1879 akibat daripada penyerahan kuasa kawasan ini oleh Sultan Brunei kepada Sultan Suluk.
Bermula pada tahun 1890 penghijrahan kerajaan Suluk mula menguasai sebahagian dari Pulau North Borneo.
Mengikut bahasa Idahan pulak, iaitu satu kaum peribumi daerah ini, Lahad Datu dahulunya diberi nama “Kerugau”, yang bererti ‘batu karang bertompok-tompok’ disepanjang pantai bermula dari Kunak hingga ke Membatu, Tungku.
Lahad Datu antara daerah utama yang menyumbang kepada hasil negara. Kepelbagaian sumber ekonominya tidak dapat disangkal lagi dan ini merupakan keunikan daerah-daerah di Sabah. Untuk info lebih lanjut sila rujuk sumber yang boleh dipercayai.
sumber Pejabat Daerah Lahad Datu