Asal-Usul Nama Kuala PENYU

Perjalanan ke Kuala Penyu hanya mengambil masa 2 jam dari Bandaraya Kota Kinabalu dengan kereta atau bas. Perjalanan melalui jalan Beufort, hanya berjarak 145 kilometer daripada Kota kinabalu ke daerah ini. Perjalanan melalui Membakut/Pimping pula jaraknya kini cuma 106 kilometer, disamping menjimatkan masa perjalanan apabila melalui Membakut/Pimping, pengunjung juga berpeluang menaiki perkhidmatan Feri untuk menyeberangi Teluk […]

Perjalanan ke Kuala Penyu hanya mengambil masa 2 jam dari Bandaraya Kota Kinabalu dengan kereta atau bas. Perjalanan melalui jalan Beufort, hanya berjarak 145 kilometer daripada Kota kinabalu ke daerah ini. Perjalanan melalui Membakut/Pimping pula jaraknya kini cuma 106 kilometer, disamping menjimatkan masa perjalanan apabila melalui Membakut/Pimping, pengunjung juga berpeluang menaiki perkhidmatan Feri untuk menyeberangi Teluk Sitompok. Terdapat juga lapangan terbang kecil di daerah ini (di Tinambak) tetapi hanya digunakan oleh tentera semasa perang.
kula penyu
Kuala Penyu di kelilingi oleh Pantai-Pantai yang cantik dan luas. Terdapat banyak pilihan untuk pengunjung berkelah, memancing mahupun berjalan-jalan. Menarik mengenai pantai-pantai di sekitarnya, kebanyakan pantai dilitupi oleh Terumbu Karang. Kesan daripada itu, tiada ombak yang terlalu besar melanda pantai-pantai ini. Oleh itu, pantai-pantai Kuala Penyu dianggap selamat untuk mandi manda.
kuala penyu 1
Pulau Tiga yang digunakan semasa pengambaran Survivor Island sebenarnya lebih dekat dengan Kuala Penyu. Dengan menaiki bos besar, ia cuma mengambil masa selama 20 minit. Jika berpeluang datanglah ke daerah ini dan Pulau Tiga Survivor Island.
Sungai Sitompok merupakan antara sungai yang mengalir di kawasan Kuala Penyu. Sungai sitompok berpunca daripada kawasan tanah tinggi yang ada di Daerah Tenom, dan dipercayai hulu sungai sitompok berasal dari cabangan Sungai Padas dan terus ke kawasan daerah Beaufort, Sabah terus ke daerah Kuala penyu. (Sila rujuk peta untuk kompom k).
Menurut kepercayaan dan cerita lisan penduduk setempat, asal usul nama Kuala Penyu berikutan terdapatnya sebiji batu berbentuk menyerupai seekor penyu yang mana dikenali sebagai batu penyu di muara sungai sitompok.

Gambar hiasan

Gambar hiasan


Oleh kerana itu, asal usul nama daerah ini berkaitan dengan batu berbentuk seekor penyu yang berada di kuala sungai Sitompok maka terjadilah nama Kuala penyu. Batu penyu boleh dilihat ketika air surut di muara sungai sitompok yang terus ke Laut China Selatan.
Terdapat cerita mereka yang pernah datang untuk mem“BINTUR” (menangkap) ketam berhampiran kawasan tersebut, mengatakan pernah menyaksikan batu itu, dan ianya sebesar (lebih kurang) 4’x8’.
Rasanya pihak pentadbiran daerah bersama pihak-pihak berwajib perlu mencari inisiatif untuk mendokumentasi perkara ini meskipun ia masih dikatakan lagenda. Lagenda seperti ini mungkin mampu menyumbangkan sesuatu kepada daerah ini, khususnya Industri Pelancongan. Lagenda Mahsuri di Langkawi diheboh-hebohkan sehingga membuatkan Langkawi begitu terkenal. Kita tidak kerugian apa-apa sekiranya melakukan yang sama.
 
Sumber Pejabat daerah Kuala Penyu dan sumber gambar mr.google
 

Khairilizwan

Senior Editor
Share this:

Comments

No comments yet. Leave a reply to start a conversation.

Comments are closed

Subscribe to Zoned

By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.

ADVERTISEMENT

Recommended

ADVERTISEMENT