Mesti banyak wanita di luar sana telah memilih untuk mengambil cara yang pantas untuk menguruskan badan demi mendapatkan badan yang di idamankan.
Sehinggahkan hari ini mereka masih bergantung dengan ubat-ubatan yang mampu menguruskan badan hanya dalam masa yang singkat.Hal ini kerana , bukan mudah untuk kuruskan badan dalam masa yang singkat tau.
Bagi untuk membantu wanita yang ingin kuruskan badan secara alami dengan tanpa bergantung dengan ubat-ubatan yang mampu menjejaskan kesihatan.
Tetapi sebelum tu mau cakap dulu, tips diet ini “BERGANTUNG” kepada metabolisma, kerajinan serta disiplin yang kuat !
1.Detox!!
Mula-mula, kena DETOX dulu badan tu haaa. (Maksudnya pastikan SELALU buang air besar)
Mesti banyak sudah lemak-lemak yang stay & beranak-pinak dekat usus tu? So! kamu boleh ikut la tips ne.
Lemons mengandungi vitamin C dan antioksidan. Paling penting, ia mampu membantu meneutralkan dan mengeluarkan toksin dari badan anda.
Buat sebotol lemon dan letakkan di dalam peti sejuk, supaya anda dapat menikmati minuman yang sejuk dan menyegarkan sepanjang hari.
2.Kurangkan kuantiti dalam hidangan
Pengambilan diet seharian yang kamu perlu amalkan okey.
Pagi:
- Roti 3 keping+ Green Ttea
- Air suam (ini wajib ambil )
Sebelum pukul 9 pagi (kalau utk pesakit kencing manis whole grain bread tau?.. Kalau yg memang manis muka dia tu.. Roti gardenia kosong tu pun buli heheh

Makan Tengahari:
- Nasi 2 senduk (supaya bertenaga sikit sebab apa lagi yang bekerja kan).
- Ayam atau ikan
- Sayur hijau rebus/ kukus ( kalau orang Sabah confirm suka yang rebus)
Dinner:
- Kalau malam nasi kena ambil sedikit jak (kalau boleh makanan jangan lebih dari 9 malam.
(makan buah-buahan dulu sebelum makan)
3.Minum air suam 2-3 liter sehari
Dalam sehari kena ambil 2-3 liter air suam ( ini wajib juga anda buat kalau mahu “loss weight“ 10kg/month.

Kamu boleh google juga macam mana nak kira berapa liter air yang diperlukan oleh badan dan cara nak divide.
(Tidaklah kamu nanti ulang alik pigi tandas)
4. Minum Teh Hijau
Ia MEMBANTU meningkatkan metabolisma selain itu dia juga mampu bantu dalam “weightloss”.Teh hijau bukan sahaja menambah fungsi otak malah membantu membakar lemak, menurunkan risiko kanser dan banyak lagi.

5. SENAMAN 30 MINIT
Setiap hari korang WAJIB workout 30min/day.Untuk perempuan boleh lah lakukan “zumba“.
![]()
Haaa ni kalau yang kerja office tu mohon buat lebih, sebab kamurang kurang bergerak berbnding cikgu atau nurse yang selalu ke hulu hilir ni..hehe
.jpg)
6.Jangan elak makan nasi
Jangan makan oat, makan biskut, dan roti untuk jadikan amalan diet anda.

Tahu kah?, sebenarnya semua ni lagi banyaak bebanan untuk diproses berbanding makan nasi. So, please refer dietition sebelum buat keputusan okey!
7. Kawalan pengambilan ais dan air manis
HARUS pantang ais atau air yang disejukkan sperti abc, cendol, dan sebagainya.Just minum air suam mengikut liter yang badan korang perlukan (whole day).
8. Jangan makan “FAST FOOD“
Pantang lah segala ‘fast food’ macam KFC, McD, Pizza,dan Maggie .Semua tu untuk 3 minggu pertama tanpa ada ‘treat day’.
(selamatkan diri anda daripada makanan ini ya..MOHON BERSABAR!)

9.Selalu timbang berat & Jasa emosi
Timbang dulu sebelum mulakan misi.Setiap minggu make sure timbang!Jaga juga emosi tu biar stabil, sometimes dia akan memberi kesan juga.Kalau “genetik” jenis obesiti, kamu kenalah lipat gandakan usaha. Sebab potensi untuk loss weight 10kg/week tu lebih rendah.

10.Amalkan 2-3 gelas air suam selepas bangun tidur
Bangunn jak dari tidur sebelum pergi toilet, sebelum gosok gigi, terus minum air kosong agak2 dalam 2-3 gelas ( kalau air suam, sangat digalakkan)
boleh search kebaikan minum air selepas bngun tidur. Banyak manfaatnya.Kalau seminggu korang boleh loss cuma 3kg, Janganlah sedih dulu! Kalau amalkan tips secara konsisten confirm berat badan anda akan turun mendadak…
(paling penting “KONSISTEN“)
KESIMPULAN
JANGAN MUDAH MENGALAH!
Kepada anda jenis yang tidak kuat semangat atau cepat down.. Please, sayang cari kekuatan kamu.
Diharap tips diet ini dapat memberi semangat kepada ramai lagi wanita dan lelaki yang dalam misi untuk menurunkan berat badan.Jangan anggap ianya sesuatu yang tidak mustahil.
Kenapa mereka boleh buat kenapa kita tidak.( tepuk dada tanya selera)
Kalau ada awak tu suami yg ade isteri gemuk, jangan dihina badannya. Tapi temanlah dia buat zumba atau jagakan anak masa dia tengah workout tu!.(Kan nampak sawit disitu.. Hahahaha)


