Kajian telah dibuat di beberapa buah negara yang menunjukkan terdapat cirri-ciri peribadi tertentu menjadikan kamurang kurang menarik kepada orang lain. Selalunya kualiti tersebut berkaitan perangai-perangai yang agak negative. Mari kita sama-sama check perangai atau sifat-sifat tersebut. Tekanan /Stress Pada tahun 2013, the journal Biology Letters telah menerbitkan data yang menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai tahap […]
Kajian telah dibuat di beberapa buah negara yang menunjukkan terdapat cirri-ciri peribadi tertentu menjadikan kamurang kurang menarik kepada orang lain. Selalunya kualiti tersebut berkaitan perangai-perangai yang agak negative.
Mari kita sama-sama check perangai atau sifat-sifat tersebut.
Tekanan /Stress
Pada tahun 2013, the journal Biology Letters telah menerbitkan data yang menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai tahap stress atau tekanan hormon kortisol yang tinggi dalam badan mereka adalah kurang menarik kepada lelaki.
Tidak Jujur
Menurut kajian, berbohong dilihat sebagai salah satu ciri atau kualiti yang paling tidak menarik dan dibenci. Walaupun ianya pembohongan yang paling kecil.
Kurang tidur
Pada tahun 2010, saintis dari Sweden membuktikan bahawa semakin seseorang itu kurang tidur, semakin kurang menarik mereka untuk didekati oleh orang lain. Mungkin muka orang kurang tidur kan selalunya ndak bermaya.
Kejam dan ndak berhati perut
Ndak perlu apa-apa kajian khas untuk membuktikan cirri ini sebab orang yang normal ndak akan suka dengan seseorang yang kejam dan tidak berhati perut.
Bahasa badan
Ahli akademik daripada 4 buah university di US telah menyimpulkan bahasa badan menampilkan keperibadian kamurang tanpa kamu sedar. Bahasa badan seperti menyilang tangan dan kaki, berjalan bongkok dan tidak melihat muka orang ketika bercakap adalah ciri bahasa badan yang tidak menarik orang lain.
Pemalas
Tiada siapa yang suka berkawan dengan orang yang pemalas. Pakar dari Universiti Wisconsin NY iuga membuktikan orang pemalas ni boring.
Kerap senyum
Pada tahun 2011, researchers di University of British Columbia menyimpulkan bahawa wanita ndak suka lelaki yang terlampau banyak senyum. Iyakah? Apa pendapat kamurang?
Menunjuk-nunjuk dan bangga diri
Ada kajian yang menyatakan perempuan yang terlampau bangga diri, asyik sebut kejayaan sendiri dan membeza-bezakan diri dengan orang lain adalah kurang diminati oleh lelaki.
Bau badan yang hampir sama
University of New Mexico telah membuat kajian dan mendapati dua orang yang memiliki bau badan yang hampir sama tidak akan saling tertarik. Boleh cuba pi cium bau badan orang la ni..
Tiada sense of humor
Psychologists di Ulster University ada buat ni kajian dan menyimpulkan bahawa tanpa mengira gender orang tersebut, orang yang tiada rasa lucu dalam diri dia ndak menarik orang untuk berkawan dengannya.
No comments yet. Leave a reply to start a conversation.
By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.