Sejak akhir-akhir ini, viral pasal isu kartun Frozen sama tu watak-watak superhero yang di’porno’kan di salah satu channel di Youtube. Sebenarnya sebelum isu ini dikongsikan, ramai ibu-bapa yang kurang peka akan kehadiran video kanak-kanak yang tidak senonoh ini di laman Youtube kerana kita berpendapat bahawa video kanak-kanak semuanya berkisar kanak-kanak semata-mata. Tetapi hakikat dunia hari ini, apa yang diluar jangkauan pemikiran kita kini menjadi realiti atau kenyataan yang perlu kita hadapi.
Di sini, admin maw kongsikan beberapa cara untuk mengelak anak-anak kita daripada terdedah kepada video tidak bermoral yang sedikit sebanyak boleh bantu ibu-bapa untuk bendung masalah ini. Biar bukan keseluruhan tetapi sedikit sebanyak boleh mengurangkan kerisauan kita. Perkongsian tips ini adalah daripada artikel Says.Com. Semoga bermanfaat.
1. Tandakan restrict mode


Pergi ke bahagian setting YouTube dan tanda pilihan ini. Setelah kamurang tanda, beberapa video yang mempunyai inpappropriate content tidak akan dapat dimainkan melalui device kamu lagi.

2. On safety mode



Tetapi diingatkan, tidak semua video dapat ditapis kerana sesetengah video tersebut disetkan kepada public.
3. Guna applikasi parental control

Terdapat tiga fungsi utama aplikasi ini iaitu filtering, observing dan scheduling:
Filtering: Anda boleh memilih laman web mana yang anak anda boleh (white list) dan tidak boleh akses (black list).
Observing: Anda boleh merakam aktiviti anak-anak sepanjang hari.
Scheduling: Mereka hanya boleh online pada waktu tertentu sahaja yang anda telah tetapkan.
INGAT!!! Sekiranya content seperti video di atas disetkan kepada public, kebarangkalian peluang untuk anak anda menontonnya masih tetap tinggi.
Dinasihatkan sebagai ibu bapa, anda seharusnya monitor aktiviti anak-anak tidak kiralah pada telefon pintar, tablet dan sebagainya. Ambil tindakan dan sebarkan!
Antara Cara Elak Anak Meninguk Video Kartun yang ‘ndak bagus’
Total Views:
0
Sebenarnya menjadi orang tu mudah, tetapi menjadi orang yang berguna untuk masyarakat tu yang tidak mudah. Perlu lahir dari hati.
Leave a Comment

