BERHATI-HATI KETIKA MEMBELI BARANG KELENGKAPAN SEKOLAH..

Fitrie Ismi
By
Fitrie Ismi
An Introvert. A Bibliophile.
1 Min Read
sumberphoto: blogspot tentang yaya

2019 sudah menghampiri penghujungnya,2020 bakal tiba dan tidak lama lagi hari persekolahan akan bermula.

Misi mencari barang kelengkapan sekolah akan bermula,disinilah ibu bapa akan mulai sibuk merancang hari yang sesuai untuk membeli barang kelengkapan. Namun,ibu bapa perlu berhati-hati ketika membeli bagi mengelakkan pembaziran.

Berikut kami kongsikan pada ana tips membeli brang kelengkapan sekolah.

  1. Senaraikan Barang Yang PERLU Dibeli Sahaja

Bagi mengelakkan anda keliru semasa membeli,lebih baik anda senaraikan barangĀ  yang perlu dibeli.Senaraikan juga anggaran bajet dan harga barang bagi mengelakkan terlebih bajet.

  1. Tidak Semestinya Barang Baru!

Barang kelengkapan tidak semestinya barang baru.Barang yang masih elok,boleh digunakan semula.Berjimat cermatkan amalan mulia

  1. Survey Harga

Senaraikan 2 atau 3 kedai yang anda boleh survey harga.Perbandingan harga amat perlu kerana ada barang yang mempunyai kualiti yang sama tetapi harga yang berbeza. Biarlah beli dengan harga murah sedikit tetapi mempunyai kualiti yang bagus.

  1. Tak Perlu Beli Jenama Terkenal

Anda tidak perlulah membeli barang yang berjenama,cukuplah melihat kualiti barang tersebut sahaja.Jenama sesuatu barang tidak menjamin kualiti dan jenama juga tidak mempengaruhi kejayaan anak anda.

Berbelanjalah mengikut kemampuan. Anda perlu faham tahap kemampuan anda.Usah paksa diri.

Total Views: 0
Share This Article
An Introvert. A Bibliophile.
Leave a Comment

Leave a Reply