Kehadiran keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai pada musim perayaan pasti dinanti-nanti oleh anda setiap tahun menjelang hari raya aidilfitri ?.
Masa itulah anda perlu menyediakan menu yang enak serta kuih-muih yang sedap-sedap untuk meraikan kehadiran mereka.Tapi raya tahun ini bukanlah seperti tahun-tahun yang lalu…Tapi tak apa kita masih boleh beraya di rumah sendiri bersama ahli keluarga tersayang.
Penulis nak tanya, adakah anda tahu jenis kuih-muih yang menjadi pilihan atau kegemaran tetamu anda? Sebenarnya, tak kiralah semaju mana negara kita ini, masyarakat kita pasti akan suka makan kuih raya tradisional yang berasal daripada generasi nenek moyang lagi.
Jom ketahui antara jenis kuih raya yang paling popular dan mesti ada dijamu setiap kali tibanya hari raya:
1. Almond London.
Biskut bersalut coklat dengan inti badam.
2. Tart Nenas.
Pastri rapuh dengan jem nanas di dalamnya.
3. Kuih Batang Buruk.
Kulit popia yang digoreng dan kemudian disalut dengan serbuk kacang hijau,susu tepung dan nestum.
4. Cornflakes Madu.

Kepingan cornflakes yang disaluti dengan madu.
5. Kuih Ulat Bulu.

Kuih ini berintikan buah kurma dan salutkan dengan gula halus.
3. Popia Simpul.
Kulit popia disimpul dengan isi serunding ayam atau daging.
4.Rempeyek.

Rempeyek bilis dengan kacang dal atau kacang hijau.
5. Kuih Makmur .

Kuih yang mengandungi kacang yang dikisar dan disaluti dengan gula yang dikisar ataupun disalut dengan susu tepung.
6.Biskut Sapit.

Biskut sapit ini sangat la ranggup untuk dimakan.
https://youtu.be/GFHTQeBUdjc

Daftar Percuma => https://bazaarsabah.my/peniaga/

