BEBERAPA BUAH RUMAH TERES MUSNAH TERBAKAR DI TAMAN SEPANGGAR

epeacetux
By
epeacetux
Sebenarnya menjadi orang tu mudah, tetapi menjadi orang yang berguna untuk masyarakat tu yang tidak mudah. Perlu lahir dari hati.
1 Min Read

KOTA KINABALU: Lima rumah musnah terbakar di Taman Sepanggar kira-kira jam 5 petang tadi.Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan di sini berkata panggilan kecemasan berkenaan kejadian diterima jam 5.05 petang sebelum 39 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya kejadian membabitkan lima rumah teres jenis dua tingkat masing-masing berukuran 20X30 kaki persegi dan anggota bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba dan pili bomba berdekatan.

“Pada peringkat awal pemadaman anggota bomba mengalami kesukaran melaksanakan operasi pemadaman berikutan tekanan rendah dari pili bomba terbabit.

“Tindakan pantas bomba bagaimanapun berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan rumah lain kira-kira jam 6.21 petang seterusnya menyelamatkan sederet rumah di perumahan berkenaan daripada musnah terbakar,” katanya.

Menurutnya kejadian tidak membabitkan kemalangan serta kematian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Sumber : www.utusanborneo.com.my

Total Views: 1
Share This Article
Sebenarnya menjadi orang tu mudah, tetapi menjadi orang yang berguna untuk masyarakat tu yang tidak mudah. Perlu lahir dari hati.
Leave a Comment

Leave a Reply