Mungkin bukan semua orang Sabah mengenali artis Malaysia yang asalnya adalah kelahiran anak jati Sabah.Anak jati kelahiran Sabah ini telah pun menaikkan industri muzik dan industri lakonan di Malaysia.Oleh itu,saya ingin berkongsi dengan anda tentang 10 artis Malaysia yang berasal dari sabah.
1. Siti Aidira Binti Suhaimi
Siti adira binti suhaimi ataupun dikenali sebagai “Adira Suhaimi” adalah penyanyi artis Malaysia dan merupakan peserta dalam peraduan pertunjukan realiti Malaysia Akademi Fantasia, Musim ke 8 dan mendapat naib juara. Beliau dikenali sebagai “Queen Of Soundtrack”.

Beliau dilahirkan pada 19 September 1991 dan berasal dari ranau,Sabah.Beliau sudah pun berkahwin dengan “Datuk Seri Adnan Abu”.

2.Zizi kirana
Nur Fazelah @ Zizie binti Mad Tahil atau dikenali sebagai ” Zizi kirana” .Beliau adalah seorang penyanyi,pelakon dan produser Malaysia. Beliau merupakan “bintang Akademi Fantasia” musim 7 pada tahun 2009. Beliau menyertai porgram realiti Akademi Fantasia musiam ketujuh meskipun gagal bertahan sehingga ke peringkat akhir.

Beliau mulai dikenali ramai selepas menyertai program realiti TV yang popular di Indonesia dan sangat dikenal di asia semenjak mengikuti D’Academy Asia (Musim 2) mewakili Malaysia.Zizi kirana dilahirkan 23 januari 1985 dan berasal dari semporna, Sabah.Beliau adalah penyanyi yang berpenampilan seksi.

3.Didi Astillah
Dayang Nazilah binti Awang Astillah atau dikenali sebagai “Didi Astillah”.Beliau adalah seorang penyanyi ,pelakon,pengacara dan penari.Didi telah dilamar oleh “Warner Music Malayisa” sebagai artis rakamannya pada tahun 2014 dan sekaligus menjadikan Didi buat pertama kalinya, bergerak secara solo dalam dunia seni.

Bersama Warner Music Malaysia , Didi muncul dengan album solo pertamanya berjudul “Didi Astillah” yang menampilkan konsep muzik pop dance.Beliau lahir pada 28 Ogos 1996 dan berasal dari sandakan,sabah.Beliau merupakan adik kepada Bella Astillah.
4.Azharina binti Azhar
Azharina binti azhar atau lebih dikenali sebagai “Azharina”.Beliau adalah seorang penyanyi,penerbit rakaman,penulis lirik dan pengacara.Azharina merupakan seorang penyanyi pop Malaysia yang memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia sejak 2001. Beliau popular melalui lagu “Elegi Sepi”.

Azharina telah dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir program “Gegar Vaganza” (musim ke-3) yang diadakan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada 4 Disember 2016 yang lalu dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi.Beliau dilahirkan pada 11 Mac 1985 dan berasal dari Kota Kinabalu,Sabah.
5.Lia Natalia
Alia Afiqah binti Abden atau lebih dikenali sebagai “Lia Natalia“merupakan pelakon dan model wanita Malaysia.Beliau mula dikenali umum selepas bergelar finalis pilih musim ke-2 dan semenjak itu beliau telah berlakon dalam beberapa buah drama, telefilem dan filem.

Beliau dilahirkan pada 12 November 1992 di Tawau, Sabah. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik dan mempunyai darah kacukan daripada nenek moyangnya yang berasal dari Australia.
6.Adeline Tsen
Adeline Anthony Primus Tsen merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengacara televisyen dan model wanita Malaysia. Beliau banyak memegang watak antagonis dalam drama seperti “Bukan Kerana Aku Tak Cinta”dan “Rindu Awak 200%”.

Beliau mula dikenali selepas membintangi drama bertemakan muzikal iaitu “Hotel Mania” hasil terbitan KRU Studios pada tahun 2010. Adeline berasal dari Kota Belud, Sabah dan menganut agama Kristian serta mempunyai darah keturunan Cina Kadazan . Beliau juga merupakan anak bongsu daripada tujuh orang adik beradik.
7.Bella Dally
Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai “Bella Dally” merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Bakat beliau dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan,“Pilih Kasih” musim pertama pada 2009, dan sejak itu beliau telah berlakon dalam beberapa drama TV, filem dan telefilem.

Bella dilahirkan pada 27 September 1991
8.Daphne Iking
Daphne Iking seorang peragawati , pengacara, dan pelakon wanita Malaysia, Beliau juga pernah mengacarakan program “The Breakfast Show”di ntv7.Beliau pernah memenangi “Unduk Ngadau Kaamatan Sabah” 2003 mewakili Lembah Klang dan bergelar juara Unduk Ngadau Kaamatan Sabah tahun 2003.

Daphne adalah penganut agama kristian tetapi telah pun memeluk Islam setelah bernikah dengan seorang usahawan Melayu, Azmi Abdul Rahman melalui majlis pernikahan secara tertutup.Beliau dilahirkan pada 6 Julai 1978
9.Sandra Dianne
Sandra Dianne merupakan Artis tempatan Sabah yang telah memasuki Industri nyanyian Malaysia sejak dahulu lagi.Beliau adalah artis naungan “Label Indigital”.Beliau dikenali kerana lagunya yang telah viral iaitu “Hey Kau”.Sandara berasal dari Tuaran,Sabah.Beliau sangat aktif dalam bidang nyanian yang sangat diminatinya.

10.Velvet Aduk
Velvet Lawrence Aduk atau lebih dikenali sebagai “Velvet” merupakan salah seorang pelajar “Akademi Fantasia musim” ke-4.Velvet merupakan artis Sabah yang sangat popular dengan lagu “Sumandak Sabah” nyanyian gabungan bersama Marsha Millan.

Beliau sekali lagi berkolaborasi lagu dengan Marsha Millan iaitu “Oi Gaman”.Velvet dilahirkan pada 14 Februari 1987,Penampang,Sabah dan berkahwin dengan Richael Gimbang iaitu vokalis Estranged.
https://youtu.be/QCYgTCoU0lk
Kesimpulan
Dengan adanya bakat kelahiran anak jati Sabah ini telah menaikkan industri muzik dan lakonan di Malaysia.Semoga mereka kekal dalam industri yang mereka ceburi.Yang paling penting jati diri sebagai anak sabahan perlu dikekalkan.

