Apakah yang anda rancang untuk tahun baru ini ? atau lebih tepat lagi apakah azam anda tahun 2020 ini ?
Kita boleh merancang pelbagai perkara yang mahu dilakukan namun umumnya kita kurang berhasil dalam menjayakannya. Ini kerana,selain merancang,kita harus mempunyai disiplin yang tinggi dan hati yang cekal. Berikut kami kongsikan pada anda semua tips tetapkan target tahun baru .
Tips ini dikongsikan oleh Puan Madie Martin iaitu Founder kepada Instaboom Akademi .
5 TIPS TETAPKAN TARGET TAHUN BARU
1.Tetapkan prioriti anda
Apa yang paling penting untuk anda? Apa yang hendak anda capai dalam jangka masa terdekat? Apabila kita tetapkan prioriti yang hendak dicapai, ia akan membantu dalam usaha kita menetapkan azam tahun baru yang lebih baik.
2.Buat azam yang realistik
Biasanya bila ditanya apa yang kita nak capai, kita nak capai yang besar-besar, yang selalunya sukar untuk berjaya. Kita sepatutnya buat azam yang realistik, yang mempunyai kebarangkalian untuk anda berjaya capai adalah tinggi (disertai dengan perancangan yang betul). Contohnya, kita berazam nak beli rumah, jika kemampuan kewangan kecil, jangan berangan nak beli banglo, tapi cuba tumpu pada rumah teres dulu.
3.Optimistik dengan azam
Dalam mencapai sesuatu azam, kita kena optimis dan positif, abaikan aspek yang negatif. Jika kita nak jadi seorang yang lebih menepati masa, janji dalam diri – “aku akan tiba tepat pada masanya”, dari “saya tak akan lambat lagi”, ia dengar lebih positif betul tak.
4.Tetapkan langkah untuk mencapai azam besar
Jika anda ada azam yang besar untuk dicapai, lagi baik kalau anda huraikan langkah-langkah untuk mencapainya. Contohnya, anda ingin mengurangkan berat badan, bagaimana nak mencapainya? Antara yang boleh anda rancang adalah; join gym, berjogging 3 kali seminggu, tukar diet pemakanan , dan sebagainya. Dengan merangka perancangan sebegini, ianya membantu mencapai target besar itu secara keseluruhan.
5.Cari dan bina perangai (habit) yang baru
Kita tahu sesetengah perangai (yang buruk) tu memang susah nak dibuang. Oleh itu, cara yang terbaik untuk buang perangai itu ialah dengan melibatkan diri dalam satu aktiviti atau kegemaran yang baru. Contohnya, jika anda buat azam nak berhenti merokok, jadi cuba cari aktiviti yang akan boleh buat diri kita relaks dan mengalihkan minda kita dari keinginan untuk rokok.
Mesti diingat !!: Azam yang dibuat itu mestilah suatu penting untuk diri kita, bukan kerana apa yang anda fikir anda patut buat atau sesuatu yang orang lain inginkan untuk diri anda.
P/S: setiap orang boleh berjaya dalam hidup, yang penting kita jujur dan tahu serta minat apa yang kita lakukan.

