5 TIPS MUDAH MENABUNG

Fitrie Ismi
By
Fitrie Ismi
An Introvert. A Bibliophile.
2 Min Read

Anda ada impian untuk memiliki rumah ? membayar deposit kereta ? membeli barang idaman ? atau hendak melansungkan perkhawinan ?

Dah masuk tahun 2020 ni,bolehlah kita menanam azam untuk menabung,menabung ini banyak faedahnya. Namun ia memerlukan disiplin yang tinggi dan cara yang betul.

Berikut kami kongsikan tips mudah menabung daripada Dr Azizul Azli Ahmad.

sumber: Facebook Dr Azizul Azli Ahmad

5 TIPS MUDAH MENABUNG

1. Tabung Bewarna.
Mulakan dengan tabung bewarna. Tiap kali jumpa duit warna hijau atau jingga asingkan. Pilih satu warna sahaja kawan.

Jangan pilih semua warna, makan kayu kita nantinya.

2. Teknik Tanpa Sedar.
Buat arahan tetap potong gaji terus. Tiap bulan simpanan terus masuk ASB atau TH. Ada apps di maybank2u yang potong terus juga dari gaji kita masuk simpanan terus. Boleh cuba.

3. Teknik Paksa Rela.
Buat pembiayaan ASB dengan jumlah yang kita mampu. Ia sebagai paksaan menyimpan sebab kita wajib bayar pembiayaan.

4. Bantuan Ceti.
Kita perlu minta bantuan isteri untuk ingatkan tabungan kita.

“Sayang, bulan ini tabungan untuk beli rumah sayang belum bagi lagi”.

Tiap bulan dia akan kutip duit dan buat simpanan.

5. Rompak Dompet Sendiri.
Tiap kali sampai pejabat, buka dompet dan masukkan dalam tabung lagi. Ushakan ambil jumlah antara RM10-RM20 sahaja, jangan lebih.

Ada macam macam gaya yang kita boleh lakukan. Nak menyimpan atau tidak sahaja.

Total Views: 0
Share This Article
An Introvert. A Bibliophile.
Leave a Comment

Leave a Reply