Bulan Disember adalah bulan yang semestinya menjadi pilihan orang ramai untuk bercuti,sama ada di dalam ataupun di luar Negara.
Selain dapat mengisi masa lapang,bercuti dapat mengeratkan hubungan siratullrahim antara keluarga atau rakan-rakan,dapat menghilangkan stress dan sebagainya.
Namun sebelum bercuti,anda seharusnya merancang terlebih dahulu bagi memudahkan anda. Berikut Pihak kami kongsikan kepada anda 5 tips sebelum pergi bercuti.
- Memilih lokasi percutian
Ini adalah perkasa asas sebelum anda pergi bercuti.Elakkan memilih lokasi percutian yang tidak sesuai dengan bajet anda. Keselamatan dilokasi percutian tersebut juga harus dititikberatkan.
- Dapatkan maklumat lokasi tersebut
Maklumat lokasi percutian sangat penting agar anda dapat merancang hari & waktu yang sesuai untuk bertolak kesana. Selain itu,dengan adanya maklumat tersebut,anda dapat mengelak daripada tersesat jalan.
- Rancang Kos perbelanjaan
Semasa bercuti,anda pasti tidak akan dapat lari dari kos perbelanjaan,apa yang mampu anda buat adalah,merancang berapa kos yang anda harus keluarkan dan berusaha untuk berjimat cermat.
- Teman bercuti
Anda sangat digalakkan mempunyai teman bercuti,selain daripada tujuan keselamatan,dengan adanya rakan bercuti,anda tidak akan rasa bosan.
Adakah anda pergi bercuti seorang diri ?
Jika betul,anda harus memaklumkan pada keluarga anda terlebih dahulu.Beritahu mereka lokasi percutian dan sebagainya.
- Membuat segala persiapan
Tulis dan senaraikan segala keperluan agar anda tidak terburu-buru dan bagi mengelakkan ada barang yang tertinggal semasa bercuti.
SELAMAT BERCUTI BUAT ANDA SEMUA.

