Nak Pergi Bercuti ? 5 Tips Ini Mungkin Untuk Anda

Fitrie Ismi
By
Fitrie Ismi
An Introvert. A Bibliophile.
2 Min Read

Bulan Disember adalah bulan yang semestinya menjadi pilihan orang ramai untuk bercuti,sama ada di dalam ataupun di luar Negara.

Selain dapat mengisi masa lapang,bercuti  dapat mengeratkan hubungan siratullrahim antara keluarga atau rakan-rakan,dapat  menghilangkan stress dan sebagainya.

Namun sebelum bercuti,anda seharusnya merancang terlebih dahulu bagi memudahkan anda. Berikut Pihak kami kongsikan kepada anda 5 tips sebelum pergi bercuti.

  1. Memilih lokasi percutian

Ini adalah perkasa asas sebelum anda pergi bercuti.Elakkan memilih lokasi percutian yang tidak sesuai dengan bajet anda. Keselamatan dilokasi percutian tersebut juga harus dititikberatkan.

  1. Dapatkan maklumat lokasi tersebut

Maklumat lokasi percutian sangat penting agar anda dapat merancang hari & waktu yang sesuai untuk bertolak kesana. Selain itu,dengan adanya maklumat tersebut,anda dapat mengelak daripada tersesat jalan.

  1. Rancang Kos perbelanjaan

Semasa bercuti,anda pasti tidak akan dapat lari dari kos perbelanjaan,apa yang mampu anda buat adalah,merancang berapa kos yang anda harus keluarkan dan berusaha untuk berjimat cermat.

  1. Teman bercuti

Anda sangat digalakkan mempunyai teman bercuti,selain daripada tujuan keselamatan,dengan adanya rakan bercuti,anda tidak akan rasa bosan.

Adakah anda pergi bercuti seorang diri ?

Jika betul,anda harus memaklumkan pada keluarga anda terlebih dahulu.Beritahu mereka lokasi percutian dan sebagainya.

  1. Membuat segala persiapan

Tulis dan senaraikan segala keperluan agar anda tidak terburu-buru dan bagi mengelakkan ada barang yang tertinggal semasa bercuti.

SELAMAT BERCUTI BUAT ANDA SEMUA.

 

Total Views: 0
Share This Article
An Introvert. A Bibliophile.
Leave a Comment

Leave a Reply