Sedih! Yahoo Group Tutup Selamanya.. Bagaimana Nasib Yahoo Mail?

Setelah diperkenalkan pada tahun 2001, Yahoo Group bakal tutup selamanya setelah 19 tahun berjuang di dunia internet.. Apa yang pastinya tentu sahaja banyak anak muda masa kini tidak tahu mengenai Yahoo Group, malah mungkin langsung tidak pernah menggunakan sekali pun platform ini.

Yahoo! Groups ialah sebuah layanan percuma dari Yahoo! kepada orang awam untuk mengadakan forum-forum perbincangan berbentuk senarai mel. Sebagai sebuah senarai mel, Yahoo! Groups bukan sahaja berfungsi untuk menyebarkan informasi melalui e-mel ke beberapa orang dengan cepat. Yahoo! Groups juga menawarkan beberapa kemudahan yang menarik contohnya sebagai tempat untuk berkongsi foto, pesanan dan data, melakukan undian dan mencatat peristiwa di kalender Groups.


Ya sewaktu belum adanya media sosial seperti sekarang, salah satu cara pengguna internet di luar sana berhubung adalah dengan mengadakan forum-forum perbincangan online salah satunya adalah Yahoo Group iaitu dalam bentuk senarai email.

Admin sendiri sebelum ini sering menggunakan Yahoo Group (ternyata admin sudah tua hehe ), untuk berhubung dengan rakan-rakan yang lain.

Apabila muncul  platform-platform media sosial baru, ramai pengguna internet perlahan-perlahan berhijrah dan Yahoo Group semakin kurang mendapat sambutan. Verizon yang membeli Yahoo pada tahun 2017 mengumumkan menutup Yahoo Groups dan akan menutup sepenuhnya pada 15 Disember 2020 ini. Pengguna tidak lagi boleh memuat naik sebarang kandungan baru selepas 21 Oktober ini.

Bagaimana Pula Nasib Yahoo Mail?

Buat masa ini belum ada sebarang berita mengenai penutupan Yahoo Mail, anda boleh menggunakan email anda seperti biasa. Namun nasihat admin, sediakanlah juga payung sebelum hujan..hehe.. Email merupakan salah satu aset online yang penting untuk kita.
Tiada jaminan untuk ianya terus kekal, sebaiknya anda perlu mempunyai beberapa email di platform lain seperti Gmail dari Google.

Bayangkan jika anda menyimpan butiran-butiran penting di dalam email anda, dan platform email tersebut tidak dapat diakses. Tentu sekali tidur pun tidak lena.

Jika anda tidak tahu cara untuk membuat email Gmail, anda boleh mengikuti video tutorial cara membuat email menggunakan Gmail ini secara PERCUMA,


https://khaiz.com.my/courses/panduan-cara-membuat-email-gmail/