Bermula tahun depan, aplikasi Whatsapp akan menghentikan operasinya terhadap peranti-peranti lama. Ini bermakna, aplikasi Whatsapp mungkin tidak dapat digunakan lagi untuk peranti lama Apple dan Android.
Laporan Metro UK berkata, hanya telefon bimbit yang boleh mengemaskini aplikasi Whatsapp sahaja yang boleh menggunakan aplikasi tersebut dan sebaliknya telefon bimbit yang tidak dapat mengemaskini akaun Whatsapp mereka tidak akan dapat menggunakan aplikasi tersebut.
Mereka yang menggunakan iPhone dengan iOS 9 tidak dapat menggunakan aplikasi Whatsapp lagi. Iphone 4s, 5, 5s, 5c, 6 dan 6s yang boleh dikemaskini dapat menggunakan aplikasi tersebut seperti biasa.
Manakala peranti Android dengan Android 4.0.3 atau lebih lama juga tidak akan dapat menggunakan aplikasi tersebut.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengemas kini akaun aplikasi Whatsapp sebelum tahun hadapan agar tidak kehilangan data penting dan dapat menggunakan aplikasi tersebut seperti biasa.