Wanita hidap kanser limfoma kehilangan ayah pada hari yang sama menerima rawatan kemoterapi.

Ailin, 23 tahun merupakan seorang ibu muda yang disahkan menghidap kanser T-Cell Lymphome tahap 4. Ailin yang mengetahui tentang penyakitnya pada awal tahun ini telah berkongsi ceritanya melalui aplikasi TikTok.

Video-videonya di Tiktok telah meraih lebih 100k viewers dan 60k likersMelalui aplikasi ini, Ailin berkongsi tentang simptom-simptom yang dialami seperti sistem imun menurun, sesak nafas, kurang berat badan, berpeluh setiap malam dan bengkak kelenjar.

photo credit : instagram : @ailin.ajw
photo credit : instagram : @ailin.ajw

Ailin telah menjalani rawatan kemoterapi di sebuah hospital dan mengalami kesan-kesan sampingan seperti keguguran rambut yang banyak, kerap berasa mual dan keletihan.

Bagai jatuh ditimpa tangga, bukan sahaja wanita ini menghadapi ujian yang cukup besar dari sang Pencipta tapi wanita ini juga kehilangan ayah tersayang pada hari yang sama menjalani rawatan kemoterapi selama 4 jam.

Photo Credit : TikTok : @qifajeans

Rata-rata netizen mendoakan Ailin untuk segera sembuh dan memberi kata-kata semangat diruang komennya di TikTok. Kini, kisah Ailin telah menjadi inspirasi buat mereka yang mempunyai kisah yang sama. 

Semoga kisah Ailin ini dapat menjadi pembakar semangat buat para #CancerFighters