Sabah, 31 Ogos 2024 – Sabah menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dengan penuh semangat patriotisme dan meriah. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan kali ini diserikan dan dimeriahkan dengan pelbagai acara yang melibatkan masyarakat tempatan di seluruh negeri. Di Kota Kinabalu, perarakan Hari Kemerdekaan diadakan dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, pelajar sekolah, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Acara […]
Sabah, 31 Ogos 2024 – Sabah menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dengan penuh semangat patriotisme dan meriah. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan kali ini diserikan dan dimeriahkan dengan pelbagai acara yang melibatkan masyarakat tempatan di seluruh negeri. Di Kota Kinabalu, perarakan Hari Kemerdekaan diadakan dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, pelajar sekolah, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Acara perarakan ini diiringi dengan kibaran bendera Jalur Gemilang serta bendera Sabah, menandakan perpaduan negeri dalam Malaysia yang berdaulat. Orang ramai berkumpul di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu untuk menyaksikan perarakan tersebut dari pelbagai kontijen dan juga penglibatan dari badan beruniform, sambil dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional dari pelbagai suku kaum di Sabah, termasuk tarian Sumazau, Daling-Daling, dan Magunatip.
Di samping itu, majlis peringatan turut diadakan bagi menghargai pengorbanan para pejuang kemerdekaan yang sudah terkorban. Upacara menaikkan bendera disempurnakan dengan lagu kebangsaan dinyanyikan secara beramai-ramai, menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan penduduk Sabah dan diikuti oleh lagu Sabah.
Pelbagai aktiviti seperti pertandingan kawad kaki, larian Merdeka, kereta berhias, pelbagai gerai makanan dan konsert muzik juga diadakan di seluruh negeri bagi memeriahkan sambutan ini. Masyarakat pelbagai kaum di Sabah turut menunjukkan sokongan dengan memasang bendera di rumah dan premis perniagaan mereka, melambangkan perpaduan dan kecintaan terhadap negara.
No comments yet. Leave a reply to start a conversation.
By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.