Adika Rahmat Bin Kodondoig merupakan graduan Bachelor Sains Bioindustri yang membawa inovasi baharu melalui produk “ProTechCot” di bawah jenama bio-coting. Sejak awal pengelibatannya, beliau menghasilkan ProTechCot yang menggunakan propolis lebah sebagai salutan untuk tanaman dan menawarkan alternatif mesra alam dengan kos yang lebih rendah. Produk ini bertujuan untuk melindungi hasil tanaman dengan lebih baik sambil […]
Adika Rahmat Bin Kodondoig merupakan graduan Bachelor Sains Bioindustri yang membawa inovasi baharu melalui produk “ProTechCot” di bawah jenama bio-coting. Sejak awal pengelibatannya, beliau menghasilkan ProTechCot yang menggunakan propolis lebah sebagai salutan untuk tanaman dan menawarkan alternatif mesra alam dengan kos yang lebih rendah.
Produk ini bertujuan untuk melindungi hasil tanaman dengan lebih baik sambil meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Namun cabaran utama dalam membangunkan idea ini adalah kekurangan kemudahan makmal untuk menjalankan ujian dan penyediaan sampel, serta kesukaran menyakinkan masyarakat mengenai inovasi yang belum pernah dilihat sebelum ini.
Beliau berharap produk ini akan direalisasikan bukan sahaja di peingkat tempatan tetapi di peringkat antarabangsa dengan matlamat menyumbang kepada jaminan keselamatan makanan dalam industri pengeluaran makanan.
Kepada golongan belia, beliau memberi nasihat agar terus mengemukakan idea walaupun kecil kerana ia berpotensi memberi impak yang besar. Kesabaran dan ketekunan adalah kunci untuk mengatasi setiap cabaran.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh dihubungi melalui:
Telefon: 014-6681709
Email: [email protected]
Facebook: Adika Rahmat
Instagram: Dikooooooo_
Linkedln: Adika Rahmat
No comments yet. Leave a reply to start a conversation.
By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.