PKPB SELURUH SABAH (13 Okt 2020 – 26 Okt 2020)

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Negeri Sabah berkuatkuasa 12:01 Pagi pada 13 Oktober 2020 hingga 26 Oktober 2020 ini.

Perintah ini adalah berkuatkuasa kecuali pada mana-mana lokaliti yang sedang menjalani Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Sumber : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Terkini. 12 Okt. Sebanyak 563 kes baharu #COVID19 hari ini iaitu 562 tempatan, 1 import. Tertinggi Sabah (291) hasil saringan besar-besaran di PKPB dan PKPDB. P. Pinang (141) di Penjara Reman sahaja, Selangor (69), KL (28). 6 kluster baharu, 2 lagi kematian di Sabah.

Terkini #COVID19Malaysia 12 Okt 2020
Kes sembuh=109
Jumlah kes sembuh= 11,022 kes
Kes positif= 563
(kes import=1, kes tempatan=562)
Jumlah positif= 16,220 kes
Kes kematian=2
Jumlah kes kematian= 159 kes
Kes dirawat di ICU= 98 kes
Bantuan Alat Pernafasan= 29 kes

Admin harap, keadaan kita kembali pulih seperti dulu kala 🙁
Kita Jaga Kita.