3 pelajar dari SMK Taun gusi, Kota Belud telah mengeluarkan surat saman terhadap guru mereka kerana tidak hadir ke kelas untuk mengajar selama hampir 9 bulan padi 2017. Pelajar ini telah menyaman Guru Bahasa Inggeris mereka, Mohd Jainal Jamran atas kerugian yang mereka alami iaitu untuk menimba ilmu di sekolah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. […]
3 pelajar dari SMK Taun gusi, Kota Belud telah mengeluarkan surat saman terhadap guru mereka kerana tidak hadir ke kelas untuk mengajar selama hampir 9 bulan padi 2017.
Pelajar ini telah menyaman Guru Bahasa Inggeris mereka, Mohd Jainal Jamran atas kerugian yang mereka alami iaitu untuk menimba ilmu di sekolah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Saman tersebut telah difailkan melalui firma guaman Tetuan Roxanca & Co di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada November lalu.
Cikgu yang sepatutnya ke kelas untuk mengajar 3 kali seminggu sepanjang tempoh tahun akademik 2017 iaitu Januari – Oktober dikatakan hanya hadir ke kelas pada bulan Januari dan Februari.
Bukan itu sahaja, beliau juga sering lewat ke kelas atau tidak hadir ke kelas langsung untuk mengajar muridnya dan kadang kala hanya meninggalkan tugasan. Selain itu, pelajar ini berkata mereka harus ke pejabat beliau untuk mengingatkannya.
Aduan telah dibuat ke pihak pentadbiran sekolah, namun tiada tindakan selanjutnya yang diterima.
Oleh itu, mereka telah mengeluarkan saman dan menuntut tiga perkara iaitu ganti rugi teladan, gati rugi am dan ganti rugi keterlaluan.
Ini bukanlah merupakan kesalahan pertama cikgu tersebut, namun beliau juga pernah mendapat aduan daripada seorang pelajarnya bagi kesalahan yang sama pada tahun 2015.
No comments yet. Leave a reply to start a conversation.
By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.