Panduan Memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ialah bantuan kerajaan yang disediakan untuk golongan B40 and M40 yang pendapatan mereka terjejas akibat pandemik yang sedang beleluasa ini. Mereka yang layak boleh memohon secara atas talian mahupun melalui borang yang disediakan oleh LHDN dan Kementerian Kewangan bermula dari 15 Januari hingga 15 Februari tahun ini. Syarat yang layak seperti […]

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ialah bantuan kerajaan yang disediakan untuk golongan B40 and M40 yang pendapatan mereka terjejas akibat pandemik yang sedang beleluasa ini.

Mereka yang layak boleh memohon secara atas talian mahupun melalui borang yang disediakan oleh LHDN dan Kementerian Kewangan bermula dari 15 Januari hingga 15 Februari tahun ini.

Syarat yang layak seperti berikut :

  1. Mereka yang mempunyai pendapatan RM5,000 ke bawah bagi Kategori Isi Rumah. 
  2. Mereka yang mempunyai pendapatan RM2,500 ke bawah bagi kategori Bujang.
Mereka yang layak akan mendapat :
Pendapatan isi rumah bulanan kurang dari RM2,500 :
  • Tiada atau seorang anak: Terima RM1,200
  • 2 anak dan ke atas: Terima RM1,800

Pendapatan isi rumah bulanan RM2,501 – RM4,000 :

  • Tiada atau seorang anak: Terima RM800;
  • 2 anak dan ke atas: Terima RM1,200

Pendapatan isi rumah bulanan RM4,001 – RM5,000

  1. Tiada atau seorang anak: Terima RM500
  2. 2 anak dan ke atas: Terima RM750

Individu bujang berpendapatan kurang dari RM2,500

Terima RM350. Had umur kelayakan individu bujang mulai 21 tahun.

Permohonan boleh dibuat melalui atas talian : https://bpr.hasil.gov.my

atau secara manual melalui borang permohonan :

  1. Memuat naik dan mencetak borang permohonan melalui link ini : https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPermohonanBPR2021(BK-01).pdf
  2. Pada Kategori Permohonan, sila isikan nombor 1 untuk permohonan baharu.
  3. Isi bahagian A, Bahagian B, Bahagian C, Bahagian D dan Bahagian E
  4. Sila jangan isi untuk bahagia ‘Akaun Penerimaan BPR’ dan ‘Untuk Kegunaan Pejabat’

* Borang permohonan harus ditulis dalam Huruf Besar dan permohonan boleh dihantar ke cawangan LHDNM & UTC berdekatan

 

Senior Editor
Share this:

Comments

No comments yet. Leave a reply to start a conversation.

Comments are closed

Subscribe to Zoned

By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.

ADVERTISEMENT

Recommended

ADVERTISEMENT