Baru-baru ini telah tular tentang seorang wanita yang berumur lingkungan 20-an yang menyamar menjadi seorang polis dengan pangkat ‘inspektor’. Wanita yang berasal dari Tawau ini telah ke Bachok, Kelantan untuk menjumpai keluarga teman lelakinya yang merupakan seorang tentera. Malang tidak berbau, tipu daya wanita tersebut disedari oleh keluarga teman lelakinya dan ibu bapanya telah melaporkan […]
Baru-baru ini telah tular tentang seorang wanita yang berumur lingkungan 20-an yang menyamar menjadi seorang polis dengan pangkat ‘inspektor’.
Wanita yang berasal dari Tawau ini telah ke Bachok, Kelantan untuk menjumpai keluarga teman lelakinya yang merupakan seorang tentera.
Malang tidak berbau, tipu daya wanita tersebut disedari oleh keluarga teman lelakinya dan ibu bapanya telah melaporkan kes tersebut kepada pihak polis.
Curiga dengan ‘Inspektor Humairah’ yang boleh bercuti dalam jangka yang lama, Ibu bapa teman lelakinya telah membuat aduan tersebut pada jam 8 malam.
Sebelum suspek ditahan, suspek sempat menjalani kuarantin 14 hari sebelum tinggal di rumah teman lelakinya.
Semasa berada di kediaman teman lelakinya, suspek telah membawa baju uniform operasi polis yang berpangkat inspektor dengan tag nama “humairah” yang dipercayai untuk memikat hati keluarga teman lelakinya.
Suspek menggantungkan uniform PDRM tersebut di dalam kereta Perodua Myvi milik teman lelakinya dipercayai bertujuan untuk memikat hati ibu bapa teman lelakinya.
Terdahulu, siasatan awal mendapati suspek juga mempunyai kesalahan lampau juga dengan kes yang sama pada 2017 di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Suspek telah direman sehingga Sabtu ini dan merampas pakaian operasi PDRM tersebut.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan tambah Seksyen 89 (c) Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis.
No comments yet. Leave a reply to start a conversation.
By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.