LOMPAT TALI. Rugi tidak buat senaman ini!

Tidak dapat dinafikan bahawa ramai masyarakat kita pada masa kini sibuk mencari rezeki untuk menapung kehidupan harian. Namun, sama ada kita sedar ataupun tidak kesibukan ini telah menyebabkan kita leka untuk melakukan aktiviti beriadah.

Public Health Malaysia ada menyatakan bahawa aktiviti senaman lompat tali merupakan antara senaman yang mudah dan dapat menggerakkan banyak otot sekaligus menguatkan sendi-sendi tulang.

Terdapat 9 kesan seawal 5minit lompat tali :

  1. Membakar lemak
  2. Kuatkan sendi kaki
  3. Hilang stress
  4. Menguatkan pelbagai otot
  5. Mengurangkan resiko kecederaan
  6. Meningkatkan koordinasi tubuh
  7. Perbaiki postur
  8. Pernafasan lancar
  9. Menguatkan tulang