KPT beri pakej pelan data buat pelajar IPT

Pandemik ini telah memberi impak yang besar kepada pelbagai sektor termasuk dalam bidang pendidikan dari peringkat rendah, menengah dan juga pengajian tinggi. Penutupan institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti serta semua universiti awam (UA) semasa pandemik Covid-19 telah mengakibatkan para pelajar untuk mengubah cara pengajaran dan pembelajaran dari rumah bagi menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

Oleh itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah berkerjasama dengan syarikat komunikasi di Malaysia untuk menawarkan Pakej Pelan Data khas untuk para pelajar IPT. Inisiatif ini dilakukan bagi memudahkan para pelajar IPT untuk melakukan pembelajaran secara atas talian dengan mudah.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memutuskan satu utusan di Facebook mengenai senarai Pakej Pelan Data yang ditawarkan oleh telco di Malaysia seperti Digi, Celcom dan Maxis. Berikut merupakan senarai Pakej Pelan Data yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi di Malaysia :