Tahukah kamurang pengarah filem untuk Saw, filem ‘American Horror’ yang amat popular pada tahun 2004, Insidious, Conjuring, Aquaman dan juga Fast Furious 7 berasal dari Borneo? ya, betul! semua filem-filem yang kita pernah tengok itu merupakan hasil tangan anak tempatan yang berasal dari Kuching, Sarawak. WOW! James Wan yang berbangsa cina ini dilahirkan di Kuching, […]
Tahukah kamurang pengarah filem untuk Saw, filem ‘American Horror’ yang amat popular pada tahun 2004, Insidious, Conjuring, Aquaman dan juga Fast Furious 7 berasal dari Borneo?
ya, betul! semua filem-filem yang kita pernah tengok itu merupakan hasil tangan anak tempatan yang berasal dari Kuching, Sarawak. WOW!
James Wan yang berbangsa cina ini dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 26 Februari, 1977. Beliau telah berpindah dan dibesarkan di Perth, Australia. Selain itu, beliau juga telah menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni di Royal Melbourne Institute of Technology.
Mempunyai cita-cita untuk menjadi pengarah filem sejak berumur 11 tahun lagi maka tidak heran la filem-filem ternama yang beliau hasilkan amat memberangsangkan.
Bagi mereka yang meminati filem-filem seram pasti mengenali filem-filem seperti The Conjuring, The Nun, Annabell, Saw dan Lights Out. Rata-rata filem beliau mendapat sambutan yang amat baik.
Filem pertamanya, ‘Stygian’ telah memenangi ‘Best Guerrilla Film’ pada Festival Filem Underground Melbourne pada tahun 2000. Selain itu, Beliau yang merupakan pengarah, penulis skrip, penerbit dan juga penulis komik ini amat popular dan giat menempah nama di Asia mahupun di Hollywood sejak tahun 1999 lagi.
Selain dari filem-filem seram, beliau juga merupakan pengarah bagi Fast & Furious 7 (2015) dan Aquaman (2018).
Fakta tambahan : Kini beliau telah berkahwin dengan salah satu pelakon dalam filem beliau sendiri iaitu ‘The Nun’ yang membawa watak sister Oana.
No comments yet. Leave a reply to start a conversation.
By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.