‘kami dah kahwin’-Tuju K-clique & Loca B

Hubungan penyanyi kumpulan K-Clique, Tuju atau nama sebenar beliau, Muhammad Azree Shah bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Loca B pernah menjadi bualan pada tahun lalu.

Namun, Tuju telah membuat pengakuan bahawa beliau dan Loca telah lama berkahwin dan tidak mahu terlalu mendedahkan hal rumah tangga mereka kepada umum. Tarikh perkahwinan mereka juga telah mereka rahsiakan kerana tidak mahu ia menjadi isu.

Awal tahun lalu mereka pernah berpisah namun kembali bersama semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu. Loca atau Hani Azali pernah mendakwa beliau dikasari teman lelakinya itu namun menarik semula dakwaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, mereka dilihat kembali akrab.

Namun, nama mereka naik kembali apabila Loca memuat naik gambar beliau yang sedang sarat mengandung. Gambar tersebut telah menimbulkan seribu tanda tanya para netizen.

 

Oleh hal tersebut, Loca B dan Tuju telah mendedahkan yang mereka telah lama berkahwin sejak PKP dan mahu merahsiakan perkahwinanan mereka kerana isu keluarga mereka. 

Loca mempunyai seorang anak lelaki yang berusia lima tahun hasil perkahwinanya yang lalu dan perkahwinan Loca bersama Tuju ini merupakan perkahwinan keduanya.

Pada November tahun lalu, Loca telah selamat melahirkan anak keduanya bersama Tuju yang diberi nama ‘Bintang Aiko’.