“Kalau kau rasa barang di kedaiku mahal, nda perlulah kau campak-campak barang”-Lan Solo

Pada 10hb November yang lalu, Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Bin Mohamed Yusof, 35 tahun telah menyatakan rasa sedih beliau atas suatu kejadian yang telah berlaku di kedainya.

Menerusi satu posting yang dimuatnaik oleh seorang pekerja beliau di Facebook Page “Solo Borneo Mart”, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila seorang pelanggan yang datang ke kedai beliau menyatakan rasa tidak puas hati dengan barang-barang yang dijual di kedai runcit tersebut itu terlalu mahal.

Bukan itu sahaja, Lan Solo juga berkata pelanggan tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada pekerjanya dan mencampak barang-barang yang berada di kedai tersebut.

Pada hari yang sama juga, Lan Solo telah membuat live di Facebook page beliau bagi mengupas isu-isu yang telah berlaku di kedai beliau. Selain itu, beliau juga berkata menjadi pembekal barangan kering dan basah dari Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei memerlukan kos yang tinggi.

Rata-rata netizen telah memberi kata-kata semangat kepada Lan Solo agar terus bersabar menghadapi dugaan berniaga.

 

Photo Credit : Solo Borneo Mart

Terdahulu, Lan dan isterinya telah membuka perniagaan kedai runcit yang menjual makanan Borneo sejak November 2019 dan kini mempunyai tiga cawangan iaitu di Puchong, Cheras dan Kuala Lumpur.