Sejak direalisasikan sekitar tahun 2016, jenama baju PopOutInk semakin mendapat perhatian dan juga mempunyai pengikut jenama baju ini sendiri. Dengan menggunakan nama “PopOutInk”, Ghazali Hajiji,anak jati sabah yang juga merupakan pemilik kepada PopOutInk cuba menjadikan jenama ini bukan sahaja mampu terkenal di Sabah ataupun seluruh Malaysia, malah berpotensi untuk berkembang termasuk luar negara. Menurut Ghazali, […]
Sejak direalisasikan sekitar tahun 2016, jenama baju PopOutInk semakin mendapat perhatian dan juga mempunyai pengikut jenama baju ini sendiri.
Dengan menggunakan nama “PopOutInk”, Ghazali Hajiji,anak jati sabah yang juga merupakan pemilik kepada PopOutInk cuba menjadikan jenama ini bukan sahaja mampu terkenal di Sabah ataupun seluruh Malaysia, malah berpotensi untuk berkembang termasuk luar negara.
Menurut Ghazali, apa yang menarik mengenai PopOutInk, mereka cuba menerapkan satu idea dan design universal yang mampu dipakai oleh sesiapa sahaja.
Tambahan lagi, sejak video Sakinah vs Ondu bersama PopOutInk viral di laman sosial facebook sehingga mencecah melebihi 400k views, jenama PopOutInk bukan sahaja dikenali di Sabah dan semenanjung Malaysia tetapi juga termasuk beberapa negara jiran lain seperti Brunei.
Untuk mereka yang berminat dengan design-design baju PopOutInk, anda boleh berkunjung ke premis mereka yang terletak di Politeknik Commercial Centre (berdepan dengan Politeknik Kota Kinabalu, Sabah) ataupun anda boleh kunjungi laman web serta facebook mereka untuk sebarang pembelian secara atas talian :
http://www.popoutink.com
https://www.facebook.com/PopOutInk
No comments yet. Leave a reply to start a conversation.
By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.