,

Isabelle dari Penampang jadi pelatih kuda pacuan termuda di dunia.

Seorang remaja yang berusia 13 tahun dari Penampang, Sabah memecah rekod dunia apabila menjadi pelatih kuda pacuan termuda di dunia. Isabelle Lonjuing Sayeed, 13, mendapat pengiktirafan dan lesen daripada Royal Sabah Turf Club (RSTC) untuk menjadi pelatih kuda pacuan termuda. Pada November yang lalu, pengarah perlumbaan RSTC, John Gorton telah memberikan lesen tersebut kepada Isabelle […]

Seorang remaja yang berusia 13 tahun dari Penampang, Sabah memecah rekod dunia apabila menjadi pelatih kuda pacuan termuda di dunia.

Isabelle Lonjuing Sayeed, 13, mendapat pengiktirafan dan lesen daripada Royal Sabah Turf Club (RSTC) untuk menjadi pelatih kuda pacuan termuda.

Pada November yang lalu, pengarah perlumbaan RSTC, John Gorton telah memberikan lesen tersebut kepada Isabelle agar dia dapat meneruskan latihan dan menjadi pelatih profesional.

Dilatih sejak berumur 5 tahun, menjadi pelatih profesional merupakan impiannya sejak kecil lagi. Katanya, dia mula menunggang kuda di Glenora Stables, Kinarut seawal 5 tahun bersama datuk dan pelatihnya, Susan Doughlas dan anak perempuannya, Claire Mosun.

Sebelumnya, remaja tersebut telah berlatih di Kuala Lumpur Academy of Polo bersama mentornya, Peter Abisheganaden dan

Setelah mengumpul pengalaman sebagai pemain polo di bawah Persatuan Polo Sabah, Isabelle menjadi kapten pasukan El Venato Polo Team, kapten polo wanita yang pertama di Sabah.

Seterusnya, pelatihnya berkata, Isabelle dilatih menerusi kursus intensif seperti latihan kuda dan pengurusan kuda sebelum dia menyertai ujian lesen pelatih RSTC tersebut.

Bukan sahaja Isabelle menjadi pelatih kuda pacuan termuda di dunia malah dia juga diiktiraf sebagai pemula perlumbaan, penguji halangan dan pakar pemakanan setelah memiliki ILS Stable Horse.

Pada musim panas hadapan, Isabelle bakal meneruskan latihan bersama juara pelatih Amerika Syarikat, Bob Baffert di negara itu.

 

Senior Editor
Share this:

Comments

No comments yet. Leave a reply to start a conversation.

Comments are closed

Subscribe to Zoned

By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.

ADVERTISEMENT

Recommended

ADVERTISEMENT