Setelah sekian lama menunggu, akhirnya iPhone terbaru yang dikeluarkan oleh jenama telefon pintar, Apple iaitu iPhone 12 bakal berada di Malaysia pada 13 November ini. Semua model iPhone 12 iaitu iPhone 12 mini (5.4-inci), iPhone 12 (6.1-inci), iPhone 12 pro (6.1-inci) dan iPhone 12 pro max (6.7-inci) akan berada di pasaran pada november ini.
Malahan, produk Apple ini boleh ditempah awal melalui laman web rasmi apple iaitu apple.com/my atau melalui syarikat telekomunikasi utama Malaysia iaitu Digi, Maxis dan Celcom pada 6 November 2020, hari Jumaat bermula dari pukul 9 malam.
iPhone 12 ini sempat menjadi bualan orang ramai kerana Apple memutuskan untuk pengeluaran iPhone kali ini hanya disertakan satu unit kabel converter Lighting ke USB-C sahaja tanpa palam pengecas dan earpods.
iPhone 12 didatangi dengan pelbagai warna menarik, kapasiti dan harga yang berbeza. Berikut merupakan senarai harga rasmi iPhone 12 :
iPhone 12 mini
64GB – RM3,399
128GB – RM3,599
256GB – RM4,099
iPhone 12
64GB – RM3,899
128GB – RM4,099
256GB – RM4,599
iPhone 12 Pro
128GB – RM4,899
256GB – RM5,399
512GB – RM6,299
iPhone 12 Pro Max
128GB – RM5,299
256GB – RM5,799
512GB – RM6,699