HUNT TO ART: Seni Kraf Kayu Premium dari Keningau

Mohd Faizul bin Ramli, pengasas HUNT TO ART, memulakan bisnes ini secara tidak rasmi pada Julai 2021 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebelum secara rasmi ditubuhkan pada Januari 2023. Dengan latar belakang dalam Seni Halus (Fine Art), Faizul mahir dalam mencipta arca 3 dimensi dan menggunakan pelbagai material, terutamanya kayu. Apa yang bermula sebagai hobi […]

Mohd Faizul bin Ramli, pengasas HUNT TO ART, memulakan bisnes ini secara tidak rasmi pada Julai 2021 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebelum secara rasmi ditubuhkan pada Januari 2023. Dengan latar belakang dalam Seni Halus (Fine Art), Faizul mahir dalam mencipta arca 3 dimensi dan menggunakan pelbagai material, terutamanya kayu. Apa yang bermula sebagai hobi telah berkembang menjadi perniagaan apabila karyanya menerima pujian dari seorang usahawan tempatan.

HUNT TO ART menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti:

  • Pembuatan kraf tangan dan cenderahati kayu.
  • Rekaan perabot kayu custom-made.
  • Perkhidmatan melukis dan rekabentuk grafik 2D serta 3D.

Ciri utama produk HUNT TO ART adalah:

  1. Premium: Mengutamakan kualiti setiap produk.
  2. Artistik: Sentiasa menampilkan hasil seni yang unik dan asli.
  3. Unik: Reka bentuk yang original dan custom-made untuk setiap pelanggan.

Siapa golongan sasaran utama?

  1. Individu (B2C): Peminat seni dan hiasan kayu yang mencari rekaan khas dan unik.
  2. Usahawan (B2B): Pemilik kafe, bar, rumah rehat, dan penginapan yang memerlukan dekorasi kayu.
  3. Organisasi (B2G): Kerajaan, swasta, atau pertubuhan yang memerlukan cenderahati kayu eksklusif.

Servis ini menyelesaikan masalah pengguna yang mencari produk kayu custom-made dengan rekaan yang unik, premium, dan artistik, terutama untuk cenderahati dan gimik dalam majlis atau pertandingan.

Kelebihan HUNT TO ART:

  • Menghasilkan produk kayu yang berkualiti tinggi dengan rekaan original.
  • Setiap karya mempunyai olahan seni yang unik, menggunakan pendekatan Seni Halus.

Walaupun menghadapi cabaran dalam meningkatkan produksi dan mencari pekerja mahir, Faizul yakin kemahiran pertukangan kayu adalah bidang seni yang mempunyai masa depan. Beliau berharap agar teknologi canggih dapat diperkenalkan dalam bisnes ini, dan menasihatkan generasi muda supaya tidak takut mencuba bidang pertukangan kerana ia mampu menjana pendapatan.

Untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan dari HUNT TO ART:

  • Boleh menghubungi Faizul di 013-2024014
  • Melawat bengkel di Kampung Tagai, Apin-Apin, Keningau.

pikazir

Senior Editor
Share this:

Comments

No comments yet. Leave a reply to start a conversation.

Comments are closed

Subscribe to Zoned

By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.

ADVERTISEMENT

Recommended

ADVERTISEMENT