GingKaras, Satu Lagi Medium Hiburan Di Sabah!


Selain Sabahan Dot My, terdapat lagi beberapa komuniti baru Sabahan muncul antaranya ialah GingKaras.
GingKaras merupakan sebuah laman komuniti sosial terbaru di Sabah, yang banyak memberi info berguna kepada masyarakat mengenai seni dan hiburan tempatan Sabah, sukan dan kecergasan, keusahawanan, dan pelbagai lagi pengisian menarik.
GingKaras adalah sebuah medium informasi dunia maya/internet yang bernaung di bawah Borneo Legend Broadcasting Sdn Bhd.
Teman penghibur para pembaca dan penonton, dibangunkan pada awal Ogos 2017, GingKaras dengan tagline ‘Layan Abis’ boleh dilayari menerusi laman sosial Facebook atau laman webnya di www.gingkaras.com.
GingKaras.com buat masa ini lebih banyak memainkan peranan dalam rancangan berbentuk video menerusi GingKaras TV.Menampilkan barisan-barisan krew mereka antaranya Keewon, Ben Simon, Ateng dan banyak lagi.

Ditanya mengapa mereka memilih nama GingKaras, GingKaras merupakan istilah, panggilan dan ungkapan yang merujuk kepada perhubungan persahabatan yang begitu erat di antara dua, tiga atau ramai kawan dalam sesebuah kumpulan.
Melihat kepada perhubungan yang sedia terjalin dalam kalangan pekerja atau kakitangannya, maka pihak pengurusan Borneo Legend Broadcasting Sdn Bhd telah sebulat suara memilih nama GingKaras sebagai nama yang bakal menjadi jenama baharu mewakili syarikat produksi berkenaan.
Untuk info lanjut mengenai GingKaras, anda boleh layari terus laman web mereka melalui https://gingkaras.com . Terdapat video-video menarik yang dihasilkan oleh mereka..Jum tengok!