Klik untuk menonton video : Akhirnya setelah selesai destinasi terakhir PitchBorneo 2016 di Tawau, 15 – 16 Okt 2016 yang lepas, kini tiba masanya para finalist berentap ke pentas final PitchBorneo 2016. Pentas final ini kemungkinan besar akan diadakan di Klagan Hotel Regency,1Borneo,Kota Kinabalu pada 18 – 20 Nov 2016 ini. Apa itu PitchBorneo? PitchBorneo […]
Klik untuk menonton video :
https://www.youtube.com/watch?v=nyzRM6d_3w4
Akhirnya setelah selesai destinasi terakhir PitchBorneo 2016 di Tawau, 15 – 16 Okt 2016 yang lepas, kini tiba masanya para finalist berentap ke pentas final PitchBorneo 2016.
Pentas final ini kemungkinan besar akan diadakan di Klagan Hotel Regency,1Borneo,Kota Kinabalu pada 18 – 20 Nov 2016 ini.
Apa itu PitchBorneo?
PitchBorneo merupakan program yang dibangunkan oleh SATA dan disokong penuh oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (Sabah) .
Melalui program ini, peserta – peserta PitchBorneo diberi peluang untuk membentangkan idea bisnes mereka dan 10 idea bisnes yang terbaik akan mendapat geran sebanyak RM20,000.
Program ini tidak hanya terhad kepada mereka yang telah menjalankan perniagaan sahaja tetapi juga mereka yang mempunyai idea bisnes hebat walaupun belum bermula.
Sepanjang Sabahan Dot My mengikuti program ini sebagai media rasmi online untuk PitchBorneo 2016 ini, kami melihat banyak idea-idea bisnes menarik yang dibentangkan oleh usahawan-usahawan Sabahan. Bukan itu sahaja, semangat-semangat para usahawan muda Sabahan juga perlu dipuji dan dicontohi oleh usahawan-usahawan lain di luar sana.
Begitu juga dengan pihak SATA,yang diketuai oleh presidennya tuan Saverinus Phillip Kitingan, kita dapat lihat keseluruhan krew-krew PitchBorneo yang terlibat dalam menjayakan program ini sentiasa bekerjasama dan saling tolong menolong antara satu sama lain.
Nantikan….
No comments yet. Leave a reply to start a conversation.
By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.