Fenomena “Light Pillar” menarik perhatian penduduk Sabah!

Baru-baru ini, sebuah fenomena alam yang acap kalinya berlaku telah mengempakkan penduduk Kota Marudu dan Kudat sekitar pukul 8.20 malam pada 10/11/2020. Fenomena yang dikenali sebagai tiang cahaya atau ‘Light pillar’ itu telah menarik perhatian ramai penduduk dan menjadi tular di media sosial. Berikut merupakan beberapa foto yang sempat digambar oleh penduduk yang ada melihat […]

Baru-baru ini, sebuah fenomena alam yang acap kalinya berlaku telah mengempakkan penduduk Kota Marudu dan Kudat sekitar pukul 8.20 malam pada 10/11/2020. Fenomena yang dikenali sebagai tiang cahaya atau ‘Light pillar’ itu telah menarik perhatian ramai penduduk dan menjadi tular di media sosial.

Berikut merupakan beberapa foto yang sempat digambar oleh penduduk yang ada melihat fenomena ini.

Umumnya, fenomena ini merupakan fenomena optik yang berlaku di atmosfera dengan suhu yang sangat sejuk ketika kristal ais rata terbentuk hampir dengan tanah. keadaan ini memantulkan cahaya semula jadi dan buatan dalam lajur yang memanjang ke langit. Dalam pada itu, kejadian ini dikatakan hanya berlaku ketika suasana berada dalam keadaan tenang dan sejuk.

Untuk makluman semua, kejadian fenomena ini bukanlah pertama kalinya berlaku. Namun, ianya suda pernah terjadi di Sabah pada tahun lalu iaitu pada tahun 2017. Menurut laporan The Star, pada 22 Jun 2017 fenomena ‘light pillar’ telah berlaku di Kudat sekitar pukul 9.00 malam.

Sumber : https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/06/22/rare-phenomenon-of-light-pillars-captured-in-kudat/

Bagi mereka yang melihat kejadian fenomena seperti ini merupakan suatu peluang yang sangat berharga kerana bukan semua orang berpeluang melihat fenomena alam yang sangat jarang berlaku terutamanya di negeri Sabah.

 

Senior Editor
Share this:

Comments

No comments yet. Leave a reply to start a conversation.

Comments are closed

Subscribe to Zoned

By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.

ADVERTISEMENT

Recommended

ADVERTISEMENT