'Tips' Halau Lipas Dengan Berkesan

Lipas, salah satu haiwan (ka serangga?) yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Kamu pernah dengar atau terbaca jika lipas dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas. Dikatakan dalam perut serangga ini mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada […]

Lipas, salah satu haiwan (ka serangga?) yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Kamu pernah dengar atau terbaca jika lipas dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.
Dikatakan dalam perut serangga ini mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada badannya, ia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.
lipass
Sebenarnya kenyataan di atas TIDAK BETUL. Sebab ndak ada pun kajian bertulis yang membuktikan ada cacing bahaya dalam lipas yang memudaratkan. Tetapi ada penulisan yang mengatakan terdapat cacing parasit (Dipanggil sebagai Entomopathogenic nematod ) di dalam serangga lain ndak pasti lipas ada ka ndak. Tetapi apabila anda menghancurkan serangga, cacing tidak dapat masuk ke tubuh manusia seperti itu kecuali masuk hanya melalui luka atau makanan.
Masalah lipas di rumah memang susah maw elak. Sudah buat macam-macam cara sekalipun, pasti akan muncul di sesetengah bahagian di rumah terutama di bahagian dapur, atau ruang tamu kan. Jangan risau, kami ada petua berguna untuk kamurang halau serangga kotor ini dengan berkesan. Cuba dan lihat hasilnya okay!
-Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Letak dekat kawasan yang banyak lipas.
-Biji pelaga juga  berkesan. Kamurang ambil beberapa biji pelaga dan letak di kawasan ianya membiak.
-Buah lemon? Ya, lemon juga petua untuk menghalau lipas. Kamurang hiris lemon dan letak di kawasan serangga ini selalu muncul.
-Sebenarnya hujung timun atau pangkal timun akan membuatkan lipas mati? Kalau tak percaya, cuba letak di kawasan yang banyak kaum-kaumnya.. eheee
-Petua seterusnya, ubi kentang.  Caranya? Kamurang rebus kentang sampai masak. Kemudian lenyekkan dan campur serbuk penaik , lepastu kamurang gaul. Jadikan adunan itu berbentuk bulat dan letak di kawasan lipas. Lihat apa hasilnya nanti ah.
-Daun pandan harus dihiris terlebih dahulju dan letak dalam uncang , jangan lupa untuk tebuk uncang tersebut okay!. Letak di kawasan pembiakan lipas.
Guna bahan-bahan yang sedia ada jak , mungkin akan berkesan, cuba dulu baru tau kan. K.. selamat mencuba!
Kredit: http://sempoimedia.blogspot.my

Khairilizwan

Senior Editor
Share this:

Comments

No comments yet. Leave a reply to start a conversation.

Comments are closed

Subscribe to Zoned

By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.

ADVERTISEMENT

Recommended

ADVERTISEMENT