Take a fresh look at your lifestyle.

VIDEO ANIMASI DI YOUTUBE

461

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Hi geng. Hari ni min nak kongsikan fakta menarik tentang seorang Youtuber yang menghasilkan video-video animasi berasal daripada Malaysia. Tapi sebelum tu, apa jenis video yang korang suka kat Youtube?. Banyak kategori video yang disediakan dan antaranya ialah tentang gaming, masakan, muzik ataupun video jenis prank. Tapi pada kali ni, min nak kongsikan kategori video Youtube yang lebih memfokuskan kepada video-video animasi. Kita tahu bahawa animasi memerlukan masa yang panjang untuk dihasilkan dan kesabaran adalah kunci utama untuk kejayaan penghasilan video animasi. Jadi pada hari ni, min nak kongsikan seorang Youtuber pembuat animasi yang ada di Malaysia sekarang.

SUMIE AZIL
Korang kenal tak siapa Sumie Azil?. Kalau nak tahu, Sumie Azil merupakan antara Youtuber yang membuat video-video animasi di Malaysia sekarang. Sumie Azil mempunyai pelanggan sebanyak 300k dan keatas di saluran Youtubenya sendiri.Video Animasi

Sumber diambil daripada Youtube Thumbnail Sumie Azil: https://www.youtube.com/watch?v=19-sUmsj-tw

Video AnimasiSumber diambil daripada Youtube Thumbnail Sumie Azil: https://www.youtube.com/watch?v=8PDaj5AuSBQ


YOUTUBE CONTENT
 

Jalan cerita dalam video animasi Sumie lebih kepada sketsa, cerita berdasarkan pengalaman pelik,seram atau lucu yang pernah dilalui beliau sendiri. Namun, beliau belum pernah mendedahkan identiti atau wajah beliau dalam saluran Youtubenya. Animasi yang berbentuk 2D itu mendapat banyak sambutan daripada netizen-netizen dan rata-ratanya memberikan komen yang positif.

Mindset kita sekarang adalah orang dewasa tidak boleh tengok kartun atau orang dewasa hanyalah tertarik kepada berita-berita dan rancangan yang mempunyai kaitan dengan isu-isu semasa.

Sumie menggunakan beberapa platform untuk kekal berkomunikasi dengan peminat-peminatnya seperti Instagram, Twitter, TikTok dan Sumie mempunyai merchnya sendiri.

Akaun sosial media Sumie Azil:

Instagram: https://www.instagram.com/sumie_azil/?utm_source=ig_profile_share&igshid=1lkp0cnpkssmq

Twitter:

https://twitter.com/AzilSumi

TikTok:

https://www.tiktok.com/@sumieazil?lang=en

Merchandise:

https://www.printcious.com/my/stores/sumie-azils-store?utm_source=InvolveAsia&session_id=a67bb2b5dd4a4119b36550a0bbd2ee08&partner=428651

 

PENGENALAN SUMIE AZIL

            Semasa ditemubual, Sumie berkata “ Background saya dari seorang yang ambil Diploma grafik multimedia dekat Uitm Seri Iskandar Perak dan lepas tu sambung bahagian Degree dalam Teknologi Kreatif Animasi dekat Uitm Puncak Perdana. Dan lepas daripada habis belajar saya bekerja dekat satu syarikat animasi dekat Cyberjaya. Saya bekerja dekat syarikat tu hampir 6 tahun dan baru perlahan – perlahan buat animasi dekat youtube pada mulanya hanya sebab minat dan berharap mungkin one day orang akan kenal. Saya start buat youtube dari awal tahun 2019. Dan dalam April 2020 baru youtube start orang ramai kenal.”


HARAPAN DAN PERANCANGAN PADA TAHUN 2022

            Okay geng, pada tahun yang baru ini, kita semua ada azam dan harapan masing-masing. Min sempat menemubual Sumie tentang soalan ini dan Sumie berkata “2022 saya plan saya akan grow lagi dekat youtube dan juga harap akan start build brand name ni lagi besar dari sekadar youtuber. Sebenarnya saya ada buat projek lain di luar youtube. Tapi nanti bila dah sampai masa nya saya akan bagitau.”


KESAN COVID/PANDEMIK KEPADA CAREER ANDA

            Kepada siapa-siapa yang terkurung semasa pandemik ini atau yang terkena jangkitan covid ini, ia semestinya memberi impak yang besar kepada pekerjaan kita. Apakah pula cabaran yang Sumie hadapi sepanjang pandemik ini?. Ini kata Sumie “Covid ni banyak memberi kesan negatif dekat semua orang termasuk saya masa tu sebab saya tengah bekerja dekat satu company animasi. Kami terpaksa berubah cara bekerja.”


JOM SOKONG SUMIE!

Okay geng, kepada siapa yang tak kenal Sumie Azil, harap min serba sedikit menolong korang untuk kenal lebih dalam tentang beliau. Jom jadikat saluran Youtube beliau sebagai saluran video animasi terbaik di Malaysia dan jangan lupa untuk subsrice, like dan share saluran Youtube Sumie Azil.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.