Semalam, Kamal Adli telah melamar Uqasha Senrose secara ‘live’ semasa sedang menyampaikan anugerah bersama.
Semasa berada di pentas untuk menyampaikan Anugerah MeleTop Era 2020, Kamal Adli tiba-tiba melutut dan melafazkan niatnya untuk menjadikan Uqasha sebagai isterinya.
“Suda tak You jadi isteri i?” kata Kamal kepada Uqasha.
https://www.youtube.com/watch?v=PRVOsYNYP5U
Uqasha pada awalnya agak bingung dan menyangka bahawa Kamal sedang mempromosikan drama baru mereka namun apabila Kamal menyampaikan hasratnya sekali lagi, Uqasha terus menjawab “yes” sebagai tanda menerima lamaran tersebut.
Dua pelakon Malaysia ini telah mendapat perhatian peminat semenjak menjadi pelakon utama untuk drama ‘Setelah Terlafaznya Akad’ arahan Michael Ang.